Mukhriz: Pakatan Harapan Bentuk Kerajaan Kedah Dengan 18 Kerusi DUN

Mukhriz: Pakatan Harapan Bentuk Kerajaan Kedah Dengan 18 Kerusi DUN - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mukhriz: Pakatan Harapan Bentuk Kerajaan Kedah Dengan 18 Kerusi DUN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mukhriz: Pakatan Harapan Bentuk Kerajaan Kedah Dengan 18 Kerusi DUN
link : Mukhriz: Pakatan Harapan Bentuk Kerajaan Kedah Dengan 18 Kerusi DUN

Baca juga


Mukhriz: Pakatan Harapan Bentuk Kerajaan Kedah Dengan 18 Kerusi DUN


ALOR SETAR:  Pakatan Harapan (PH) dapat membentuk kerajaan negeri baharu di Kedah berikutan kedudukannya yang kukuh apabila memenangi 18 kerusi daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Rabu lepas.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata jumlah kerusi yang dimenangi PH adalah melebihi 15 kerusi yang diperoleh PAS selain tiga kerusi yang diraih BN.

Selain itu, katanya, PH lebih sesuai menjadi kerajaan negeri Kedah kerana ia selari dengan kerajaan Persekutuan yang kini ditadbir PH, dalam usaha memastikan urusan pentadbiran dan peruntukan kewangan berjalan lancar.

"Kami mendapat mandat daripada kepimpinan tinggi Pakatan Harapan. Parti kami sama dengan parti kerajaan yang mentadbir Putrajaya...oleh itu, adalah lebih baik Kedah tidak ditadbir pembangkang," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, Mukhriz yang juga Pengerusi PH Kedah, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar baharu di Balairung Seri Kecil, Istana Anak Bukit di sini.

Dalam pada itu, Mukhriz berkata barisan 10 Exco Kerajaan Negeri termasuk Speaker DUN akan diputuskan dalam masa terdekat selepas beliau mengadakan perbincangan dengan pengerusi parti komponen PH negeri ini.

"Saya yakin kita mempunyai pengalaman mencukupi untuk mentadbir negeri ini. Saya juga sedar bahawa ada polisi yang dilancarkan ketika saya menjadi Menteri Besar Kedah dahulu. Kita akan perhalusi dasar-dasar ini, kalau perlu, kita kekalkan," katanya.

Beliau berkata perkara paling penting adalah menunaikan janji dalam manifesto PH Kedah selepas pelantikan Exco Kerajaan Negeri.

"Macam masalah air di Kedah, dalam tempoh 100 hari kita akan merangka strategi. Selain itu, ada beberapa manifesto lain seperti menarik pelaburan dan perniagaan ke negeri ini...isu perumahan, semua ini seperti yang kita senaraikan dalam manifesto," katanya.

Sementara itu, Mukhriz berharap pihak pembangkang di negeri ini dapat memberikan kerjasama baik kepada kerajaan negeri untuk memajukan Kedah sekali gus menjayakan aspirasi dan cita-cita rakyat negeri ini.

Harapan saya, peranan pembangkang berlangsung dengan matang...tidak terlalu banyak pertentangan antara kerajaan negeri dengan pembangkang. Apa jua teguran akan kami terima baik untuk kebaikan bersama. Saya rayu pembangkang supaya berfungsi sebagai 'penyemak dan pengimbang' dalam pentadbiran kerajaan negeri.

"Jangan terlalu berpolitik sehinggakan rancangan kerajaan negeri terjejas yang kelak beri impak negatif kepada nasib rakyat. Saya yakin kedua-dua pihak dapat bekerjasama dengan baik," katanya.

Mukhriz mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang ke-13 di hadapan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah. #sumber


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Mukhriz: Pakatan Harapan Bentuk Kerajaan Kedah Dengan 18 Kerusi DUN

Sekianlah artikel Mukhriz: Pakatan Harapan Bentuk Kerajaan Kedah Dengan 18 Kerusi DUN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mukhriz: Pakatan Harapan Bentuk Kerajaan Kedah Dengan 18 Kerusi DUN dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/05/mukhriz-pakatan-harapan-bentuk-kerajaan.html

Subscribe to receive free email updates: