SUK Perlis: Azlan Man Boleh Jalankan Tugas MB Secara Sah

SUK Perlis: Azlan Man Boleh Jalankan Tugas MB Secara Sah - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SUK Perlis: Azlan Man Boleh Jalankan Tugas MB Secara Sah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SUK Perlis: Azlan Man Boleh Jalankan Tugas MB Secara Sah
link : SUK Perlis: Azlan Man Boleh Jalankan Tugas MB Secara Sah

Baca juga


SUK Perlis: Azlan Man Boleh Jalankan Tugas MB Secara Sah


Datuk Seri Azlan Man boleh mentadbir Perlis secara sah dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada beliau selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar, kata Setiausaha Kerajaan (SUK) Perlis Datuk Dr Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan
Beliau berkata mengikut perlembagaan negeri, pelantikan Azlan telah diperkenan oleh raja pemerintah negeri, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan tidak boleh dipertikai.

“Perkara terbaik dan wajar dilakukan oleh sembilan Adun BN yang tidak menghadiri istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar di Istana Arau semalam ialah kembali bersatu dan menyokong Azlan sebagai Menteri Besar.

“Saya hendak nasihatkan merekapun susah tetapi eloklah diutamakan kepentingan negeri ini,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai ketidakhadiran sembilan Adun terbabit pada istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar di Istana Arau, semalam.

Syed Omar ditemui di sini hari ini kerana menyertai delegasi Ops Pasir 2018 kerajaan Perlis ke Sabah sebaik tamat istiadat mengangkat sumpah itu. Program tahunan itu bermula semalam dan berkahir Ahad ini.

Menurutnya sehari sebelum istiadat berlangsung, Bahagian Protokol Pejabat SUK telah membuat panggilan telefon, menghantar pesanan ringkas dan pesanan WhatsApp kepada mereka tetapi mereka tidak membalasnya.

“Sudah tentu Tuanku (Raja Perlis) sedih mereka tidak hadir sedangkan semua tiga Adun Pakatan Harapan dan dua Adun Pas boleh hadir. Susah untuk nasihat, namun saya berharap pilihan raya kecil negeri (PRK) tidak akan berlaku.

“Apapun kita tunggu dan lihat perkembangan selanjutnya,” kata Syed Omar dan menambah kuasa Azlan sebagai ketua eksekutif negeri bagaimanapun tidak terjejas.

Katanya beliau akan berbincang lanjut mengenai urusan pelantikan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dengan Azlan Isnin ini.

Mengenai ketiadaan Menteri Besar selama dua minggu selepas PRU14 9 Mei lepas, Syed Omar berkata urusan kerajaan negeri berjalan lancar kerana semua kakitangan awam memahami tanggungjawab mereka.

Pada PRU tersebut, BN menang 10 daripada 15 kerusi Dun yang dipertandingkan untuk membentuk kerajaan negeri namun sikap pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis mengambil tindakan melawan arus apabila calon jawatan Menteri Besar yang dicadangkannya tidak mendapat perkenan Tuanku Syed Sirajuddin.

Dalam perkembangan lain, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin yang mengetuai delegasi Ops Pasir 2018 berkenan menyerahkan peralatan kepada Hospital Kudat sumbangan anggota korporat dan Kementerian Kesihatan Malaysia bernilai  kira-kira RM100,000.

Pengarah hospital, Dr Eva Candra Susanti Suhali menerima sumbangan tersebut bagi pihak Hospital Kudat. - Bernama


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel SUK Perlis: Azlan Man Boleh Jalankan Tugas MB Secara Sah

Sekianlah artikel SUK Perlis: Azlan Man Boleh Jalankan Tugas MB Secara Sah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SUK Perlis: Azlan Man Boleh Jalankan Tugas MB Secara Sah dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/05/suk-perlis-azlan-man-boleh-jalankan.html

Subscribe to receive free email updates: