ECRL projek gila!- Ibrahim Ali

ECRL projek gila!- Ibrahim Ali - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ECRL projek gila!- Ibrahim Ali, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ECRL projek gila!- Ibrahim Ali
link : ECRL projek gila!- Ibrahim Ali

Baca juga


ECRL projek gila!- Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, mendesak kerajaan membatalkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang disifatkan sebagai projek 'gila'.

Tegasnya, projek berkenaan tidak memberi manfaat kepada rakyat khususnya penduduk di Kelantan.

"Sebagai anak Kelantan dan juga bekas Ahli Parlimen Pasir Mas saya dengan tegas dan keras mendesak kerajaan membatalkan projek ECRL iaitu keretapi laju ke Pantai Timur, walaupun saya ada baca kenyataan Datuk Seri Mustapha Mohamad dan Pas yang mahu ia diteruskan.

"Saya minta dibatalkan sebab pertamnya, saya tidak yakin projek ini viable. Kos sebelum ini disebut RM55 bilion, keluar pula angka baharu RM67 bilion, Tun Daim pula cakap Fasa Kedua memerlukan RM11 bilion," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Perkasa, hari ini.

Katanya , walaupun projek itu dilaksanakan syarikat-syarikat terlibat melalui pinjaman daripada bank-bank China, namun beliau yakin pada akhirnya kerajaan tetap akan 'bail-out' projek berkenaan sama seperti dilakukan terhadap 1MDB.

 Adakah kos tambang akan jadi RM100 atau RM200? Kalau mahal, baik naik kapal terbang.
Twitter Facebook Email Google Whatsapp

"Apa yang faedahnya ECRL ini? Adakah kos tambang akan jadi seratus atau dua ratus? Kalau mahal, baik naik kapal terbang. Cuma boleh ditambah baik rel keretapi sedia ada. Pada saya ECRL ini projek gila. Bukan keutamaan," ujarnya.

Selasa lalu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kerajaan akan mengkaji semua projek mega yang sedang dan bakal dilaksanakan termasuk ECRL dan projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR).


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel ECRL projek gila!- Ibrahim Ali

Sekianlah artikel ECRL projek gila!- Ibrahim Ali kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ECRL projek gila!- Ibrahim Ali dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/05/ecrl-projek-gila-ibrahim-ali.html

Subscribe to receive free email updates: