Judul : Senator DEWAN NEGARA lantikan BN HARUS LETAK JAWATAAN, kata bekas hakim
link : Senator DEWAN NEGARA lantikan BN HARUS LETAK JAWATAAN, kata bekas hakim
Senator DEWAN NEGARA lantikan BN HARUS LETAK JAWATAAN, kata bekas hakim
Semua senator dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong ke Dewan Negara harus meletak jawatan bagi membenarkan kerajaan Pakatan Harapan melaksanakan mandat rakyat, kata seorang hakim bersara.
Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata senator yang dilantik oleh dewan undangan negeri, yang kini di bawah kerajaan negeri PH, juga harus meletak jawatan.
“Dari segi undang-undang, mereka tidak terjejas tetapi dari segi akal nurani, mereka harus letak jawatan,” katanya.
Jika tidak, orang biasa berhak untuk berpendapat tujuan mereka tidak meletakkan jawatan adalah untuk memberi kesusahan pada kerajaan baru dalam proses perundangan.
“Mereka boleh menyerang kerajaan PH dan enggan meluluskan rang undang-undang,” katanya.
Sri Ram berkata orang pertama yang harus letak jawatan adalah presiden Dewan Negara bagi memberi laluan kepada kerajaan PH melantik calon pilihan mereka.
Tempoh perkhidmatan senator adalah 3 tahun dan tidak terjejas oleh pembubaran Dewan Rakyat.
Bawah Perkara 45, Dewan Negara terdiri daripada 44 ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri.
Senator-senator ini haruslah dilantik dalam kalangan mereka yang “mencapai keunggulan dalam profesion, perdagangan, perindustrian, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau yang mewakili ras minoriti atau berkebolehan mewakili kepentingan Orang Asli.”
Manakala 26 lagi senator mewakili 13 negeri dalam Persekutuan dipilih oleh Dewan Undangan Negeri masing-masing.
PH memenangi Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah, sementara itu, Parti Warisan Sabah dan sekutu PH di sana berjaya memenangi Sabah.
Pahang, Perlis dan Sarawak dimenangi Barisan Nasional, manakala Kelantan dan Terengganu dimenangi PAS.
Sementara itu, bekas presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan berkata, ia satu kelaziman untuk lantikan politik meletak jawatan sebaik sahaja kerajaan baru memerintah selepas PRU.
“Ia bagi membolehkan pentadbiran baru memutuskan siapa yang mereka akan lantik,” katanya.
Katanya, pada 2008, bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim meletak jawatan daripada Senat apabila meninggalkan pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Katanya, langkah bekas ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad meletakkan jawatan sebagai pengerusi Felda harus dicontohi.
“Jadi saya juga berharap, mereka yang memegang jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan, badan statutori dan suruhanjaya agar mengikut langkah Shahrir” katanya. - FMT
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Senator DEWAN NEGARA lantikan BN HARUS LETAK JAWATAAN, kata bekas hakim
Sekianlah artikel Senator DEWAN NEGARA lantikan BN HARUS LETAK JAWATAAN, kata bekas hakim kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Senator DEWAN NEGARA lantikan BN HARUS LETAK JAWATAAN, kata bekas hakim dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/05/senator-dewan-negara-lantikan-bn-harus.html