Judul : Jawatankuasa Pembaharuan Institusi diwujudkan
link : Jawatankuasa Pembaharuan Institusi diwujudkan
Jawatankuasa Pembaharuan Institusi diwujudkan
KUALA LUMPUR - Majlis Penasihat Kerajaan hari ini mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Pembaharuan Institusi dengan lima anggota.
Dalam satu kenyataan di sini, ia berkata jawatankuasa itu dianggotai dua hakim bersara Mahkamah Rayuan iaitu Datuk KC Vohrah dan Datuk Mah Weng Kwai yang juga Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia; Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan Brig. Jen (B) Datuk Mohamed Arshad Raji; pensyarah undang-undang dan pemegang Kursi Tunku Abdul Rahman di Universiti Malaya, Prof. Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi dan Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan, Datuk S. Ambiga.
Majlis Penasihat Kerajaan berkata, jawatankuasa berkenaan akan membentangkan penemuan serta syornya kepada Majlis yang kemudian akan mengemukakan laporan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Majlis itu berkata, pembaharuan ekonomi semata-mata tidak mampu membawa perubahan yang diinginkan melainkan turut diiringi pembaharuan institusi.
Majlis Penasihat Kerajaan dibentuk pada 12 Mei bagi menasihati kerajaan mengenai isu ekonomi dan kewangan. - Bernama
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Jawatankuasa Pembaharuan Institusi diwujudkan
Sekianlah artikel Jawatankuasa Pembaharuan Institusi diwujudkan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jawatankuasa Pembaharuan Institusi diwujudkan dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/05/jawatankuasa-pembaharuan-institusi.html