[SAKSI UTAMA SKANDAL 1MDB] Bekas Eksekutif PetroSaudi, Xavier Justo temui Dr Mahathir

[SAKSI UTAMA SKANDAL 1MDB] Bekas Eksekutif PetroSaudi, Xavier Justo temui Dr Mahathir - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [SAKSI UTAMA SKANDAL 1MDB] Bekas Eksekutif PetroSaudi, Xavier Justo temui Dr Mahathir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [SAKSI UTAMA SKANDAL 1MDB] Bekas Eksekutif PetroSaudi, Xavier Justo temui Dr Mahathir
link : [SAKSI UTAMA SKANDAL 1MDB] Bekas Eksekutif PetroSaudi, Xavier Justo temui Dr Mahathir

Baca juga


[SAKSI UTAMA SKANDAL 1MDB] Bekas Eksekutif PetroSaudi, Xavier Justo temui Dr Mahathir

Gambar pertemuan Justo dan Dr Mahathir di Kuala Lumpur. (Gambar Facebook)
Warga Switzerland dan bekas kakitangan PetroSaudi International, Andre Xavier Justo yang merupakan antara saksi utama dalam siasatan ke atas dakwaan penyelewengan membabitkan 1MDB, menemui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Justo memuat naik gambar pertemuan itu ke Facebooknya, di mana beliau berkemeja putih belang dan Dr Mahathir pula berkemeja putih petak.
Pertemuan itu diadakan di Kuala Lumpur, tetapi Justo tidak memberitahu tarikh dan kandungan perbincangannya dengan pengerusi Pakatan Harapan itu.
Kesempatan sangat berharga dan saat menakjubkan,” tulis Justo dalam statusnya.
Mahkamah Jenayah Selatan Bangkok menjatuhkan hukuman penjara 3 tahun ke atas Justo pada Ogos 2015, selepas dia mengaku bersalah cuba memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi, syarikat minyak berpusat di Arab Saudi yang merupakan rakan usaha sama 1MDB.
Mahkamah memerintahkan Justo menjalani hukuman penjara itu mulai 22 Jun 2015, tarikh dia ditahan pihak berkuasa Thailand di Pulau Koh Samui, selatan Thailand.
Hukuman penjara 3 tahun Justo dipendekkan selepas dia diberikan 2 pengampunan diraja oleh mendiang Raja Bhumibol Adulyadej dan Raja Maha Chakri Bodindradevarangkun.
Pada 21 Mac lalu, Justo dipetik Reuters sebagai berkata, beliau cuba membersihkan namanya setelah dipenjara di Thailand atas kesalahan mengugut bekas majikannya mempunyai kaitan dengan 1MDB, yang menjalin kerjasama dalam industri tenaga dari 2009 hingga 2012.
Dakwaan peras ugut itu timbul apabila Justo meminta wang daripada PetroSaudi dan mengugut mendedahkan maklumat diperolehi ketika bekerja dengan syarikat itu.
Dokumen yang dibocorkan Justo selepas meninggalkan PetroSaudi pada 2011 mencetuskan penyiasatan di sekurang-kurangnya 6 negara berhubung dakwaan kecurian aset daripada dana 1MDB. - FMT


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel [SAKSI UTAMA SKANDAL 1MDB] Bekas Eksekutif PetroSaudi, Xavier Justo temui Dr Mahathir

Sekianlah artikel [SAKSI UTAMA SKANDAL 1MDB] Bekas Eksekutif PetroSaudi, Xavier Justo temui Dr Mahathir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [SAKSI UTAMA SKANDAL 1MDB] Bekas Eksekutif PetroSaudi, Xavier Justo temui Dr Mahathir dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/05/saksi-utama-skandal-1mdb-bekas.html

Subscribe to receive free email updates: