Judul : [DULU DIPINDAHKAN KERANA 1MDB] Datuk Hamid Bador Mungkin Ketuai Semula Unit Risikan Polis
link : [DULU DIPINDAHKAN KERANA 1MDB] Datuk Hamid Bador Mungkin Ketuai Semula Unit Risikan Polis
[DULU DIPINDAHKAN KERANA 1MDB] Datuk Hamid Bador Mungkin Ketuai Semula Unit Risikan Polis
Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB) Datuk Abdul Hamid Bador mungkin akan membuat kemunculan semula bagi mengetuai unit perisikan polis itu.
Hamid kemungkinan menggantikan Pengarah Bahagian Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff yang dijangka menamatkan perhidmatannya pada September, lapor Malay Mail.
Hamid dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri pada 19 Ogos 2015.
Beliau yang telah berkhidmat dengan pasukan polis selama 37 tahun pada masa itu mendakwa kerajaan memindahkannya kerana siasatan berkaitan 1MDB.
Pemindahannya berlaku sebulan selepas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail disingkirkan.
Gani sebelum ini mendedahkan beliau merancang untuk mendakwa bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak atas dakwaan salah laku jenayah.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiasat Najib berhubung deposit berbilion ringgit dalam akaun bank peribadi serta deposit daripada SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.
Beberapa pegawai SPRM yang terlibat dalam siasatan itu kemudian ditahan manakala yang lain dipindahkan.
Pengganti Gani, Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada 2016 membebaskan Najib daripada sebarang salah laku.
Jika Hamid kembali mengetuai Cawangan Khas, ia bukan merupakan kali pertama penukaran seumpama itu.
Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull baru-baru ini kembali mengetuai SPRM selepas bersara awal selepas rombakan dibuat dalam badan itu berikutan siasatan mereka ke atas syarikat berkaitan 1MDB.
Penyiasat antarabangsa mendakwa deposit berbilion ringgit dalam akaun Najib berasal dari 1MDB.
Najib mendakwa wang itu adalah derma daripada kerabat Diraja Arab Saudi dan menafikan sebarang salah laku atau mengambil wang awam untuk keuntungan peribadi.
Ketika mengumumkan pelantikan Mohd Shukri, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau mempunyai banyak maklumat berkaitan 1MDB.
Perdana menteri juga mendakwa beberapa ketua agensi yang dilantik oleh Najib terlibat dalam skandal 1MDB.
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel [DULU DIPINDAHKAN KERANA 1MDB] Datuk Hamid Bador Mungkin Ketuai Semula Unit Risikan Polis
Sekianlah artikel [DULU DIPINDAHKAN KERANA 1MDB] Datuk Hamid Bador Mungkin Ketuai Semula Unit Risikan Polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [DULU DIPINDAHKAN KERANA 1MDB] Datuk Hamid Bador Mungkin Ketuai Semula Unit Risikan Polis dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/05/dulu-dipindahkan-kerana-1mdb-datuk.html