PRU14: Kempen Cara Santai Serta Bersahaja Pilihan Calon Di Pahang

PRU14: Kempen Cara Santai Serta Bersahaja Pilihan Calon Di Pahang - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRU14: Kempen Cara Santai Serta Bersahaja Pilihan Calon Di Pahang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRU14: Kempen Cara Santai Serta Bersahaja Pilihan Calon Di Pahang
link : PRU14: Kempen Cara Santai Serta Bersahaja Pilihan Calon Di Pahang

Baca juga


PRU14: Kempen Cara Santai Serta Bersahaja Pilihan Calon Di Pahang


KUANTAN: Fasa pertama kempen bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Pahang rata-rata calon yang bertanding memilih cara santai namun penuh pengisian, menjadikan tiada sebarang insiden ?panas' yang berlaku.

Sebaik sahaja proses penamaan calon selesai, setiap parti bertanding mula masuk gear pertama melakukan kempen dengan pelbagai aktiviti termasuk melancarkan program 'touch point' di kawasan masing-masing.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri selaku penyandang Parlimen Pekan sejak sembilan penggal yang lalu, mempunyai jadual padat di kawasannya, bertemu dengan golongan pendidik, petani, dan warga Angkatan Tentera Malaysia.

Hari ini selain di Lipis, Najib juga meluangkan masa sehari suntuk bertemu pengundi di kawasan Raub dan kehadirannya itu dilihat adalah usaha untuk mengurangkan ?sedikit ketegangan' antara UMNO dan MCA berikutan pemilihan Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai calon Parlimen berkenaan.

Usaha itu ternyata berhasil apabila difahamkan menerusi satu pertemuan tertutup tengah hari tadi UMNO bahagian Raub telah menyatakan ikrar akan berusaha untuk memastikan kemenangan Chew sekali gus memadamkan perselisihan berkenaan soal calon sebelum ini.

Menyentuh cara kempen pula, baik Barisan Nasional (BN), gabungan Pakatan Harapan mahupun PAS dilihat lebih selesa memilih pendekatan sederhana untuk mendekati pengundi terutama pengundi muda tanpa sebarang aktiviti ceramah berskala besar.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob selaku 'otai yang masih berbisa' memilih bermain bola sepak dengan anak muda di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai yang menjadi kubu kuatnya sejak tahun 1986. Yang menariknya pemain mengenakan pakaian beragam.

Pendekatan itu juga menjadikan anak-anak muda tidak segan silu untuk bertanya khabar dan mengenali Adnan yang lebih dikenali sebagai 'Tok Nan' dalam kalangan penduduk setempat.

Malah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mempertahankan Parlimen Bentong turut memilih cara yang sama sebagai cara berkempen dengan membawa bintang badminton negara Datuk Lee Chong Wei untuk mengadakan perlawanan pertunjukan bersama anak muda di Bentong serta Bera semalam.

Kehadiran Lee sudah pasti menjadi 'daya penarik' kepada penduduk untuk sama-sama hadir memeriahkan majlis, secara langsung menjadikan matlamat untuk menyantuni pengundi terlaksana.

Pendekatan begini sudah pasti lebih dinanti-nantikan dan tidak keterlaluan dikatakan 'lebih digemari' pengundi kerana tidak melibatkan kempen yang diisi dengan caci maki atau buruk-memburuk pihak lawan, yang pada masa ini, sudah sinonim dengan permainan pihak pembangkang.

Bagi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula, beliau ternyata begitu selesa dengan pendekatan 'Moh Ngeteh' yang sinonim dengan dirinya, bagi mengajak pengundi di Parlimen Bera menyertai jamuan ringan anjurannya.

Dalam masa yang sama pemimpin-pemimpin besar pembangkang seperti Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan aktivis Hishamuddin Rais juga dilihat mula 'menyerang' Pahang sejak semalam.

Mereka lebih tertumpu di Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota yang sebelum ini dimenangi PKR menerusi calonnya Fuziah Salleh dan Pengerusi PKR negeri Datuk Fauzi Abdul Rahman selain turut ke Parlimen Paya Besar.

Dr Mahathir juga dilihat cuba menggugat pengaruh Perdana Menteri di Pekan dengan turut mengadakan aktiviti bertemu pengundi di kawasan yang telah dimenangi Najib sejak sembilan penggal yang lalu.

Bagi PAS pula, parti itu dilihat lebih selesa memilih pendekatan secara bersua muka melalui lawatan dari rumah ke rumah sejak hari pertama kempen tanpa kelibat pemimpin besar PAS pusat.

Sementara itu bagi Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Raub, Pahang Che Hamdan Mohd Razali berkata secara keseluruhannya kempen di Pahang masih belum sepenuhnya dilakukan oleh part-parti yang bertanding.

"Kalau lihat kepada pemasangan bendera dan poster parti, kita lihat BN dan PAS lebih mendominasi di beberapa kawasan Parlimen termasuk Paya Besar, Kuala Krau, Temerloh dan Raub yang sedikit sebanyak menunjukkan kekuatan jentera parti itu sendiri.

"PKR pula dilihat lebih banyak di kawasan kubu kuat mereka iaitu Parlimen Indera Mahkota dan Kuantan. Kempen dijangka akan lebih meriah selepas memasuki fasa kedua bermula esok apabila dijangkakan lebih banyak poster yang memaparkan muka calon bertanding dipasang," katanya.

Dari segi kempen di media sosial pula, Pakatan Harapan katanya dilihat lebih mendahului berbanding BN dan PAS. #sumber


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel PRU14: Kempen Cara Santai Serta Bersahaja Pilihan Calon Di Pahang

Sekianlah artikel PRU14: Kempen Cara Santai Serta Bersahaja Pilihan Calon Di Pahang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRU14: Kempen Cara Santai Serta Bersahaja Pilihan Calon Di Pahang dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/05/pru14-kempen-cara-santai-serta.html

Subscribe to receive free email updates: