Judul : Pemangku Ketua Bahagian PPBM Temerloh Nafi Keluar Parti Sertai UMNO
link : Pemangku Ketua Bahagian PPBM Temerloh Nafi Keluar Parti Sertai UMNO
Pemangku Ketua Bahagian PPBM Temerloh Nafi Keluar Parti Sertai UMNO
MENTAKAB: Pemangku Ketua Bersatu Bahagian Temerloh menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa beliau sudah keluar parti dan menyertai Umno.
Mohd Anuar Aziz berkata, kenyataan yang dikeluarkan ketua bahagian dan ketua pemuda bahagian itu sebelum ini pada 6 Mei lalu adalah palsu serta berniat tidak baik.
Dalam kenyataan itu, katanya, beliau dikatakan mengumumkan keluar Bersatu dan akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada BN.
“Sebenarnya mereka (Ketua Bahagian dan Ketua Pemuda Bahagian) itu telah disingkirkan keahliannya pada Oktober tahun lalu. Sekarang saya adalah Pemangku Ketua Bahagian ini. Tapi saya tidak menyertai UMNO.
“Saya kira kenyataan mereka merupakan kenyataan terdesak yang mempunyai motif tertentu. Tindakan mereka untuk merosakkan Pakatan Harapan (Harapan) sempena PRU14,” katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata sedemikian pada sidang media bersama barisan jawatankuasa bahagian itu di Bilik Gerakan di Kampung Tanjung Kerayong, di sini.
Mohd Anuar berkata, beliau masih teguh dan tetap bersama Bersatu dan Harapan.
"Saya tidak akan berganjak dan berikan sokongan sepenuhnya kepada Harapan,” katanya sambil memberitahu bahagian itu mempunyai kira-kira 600 ahli.
Dalam masa sama, Mohd Anuar menjelaskan bekas Ketua Bahagian itu sebenarnya hanya dalam cadangan bahagian berkenaan sebagai ketua.
Bagaimanapun, katanya, beliau dilantik menjadi Pemangku Ketua Bahagian selepas ketua bahagian itu dipecat.
“Saya adalah timbalan sebelum ini. Selepas pemecatan itu, saya serta merta dilantik sebagai Pemangku Ketua Bahagian ini,” katanya. #sumber
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Pemangku Ketua Bahagian PPBM Temerloh Nafi Keluar Parti Sertai UMNO
Sekianlah artikel Pemangku Ketua Bahagian PPBM Temerloh Nafi Keluar Parti Sertai UMNO kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pemangku Ketua Bahagian PPBM Temerloh Nafi Keluar Parti Sertai UMNO dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/05/pemangku-ketua-bahagian-ppbm-temerloh.html