Judul : Calon BN Parlimen Maran Dakwa Hospital Maran Bukan Gimik Politik
link : Calon BN Parlimen Maran Dakwa Hospital Maran Bukan Gimik Politik
Calon BN Parlimen Maran Dakwa Hospital Maran Bukan Gimik Politik
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib berkata, status semasa projek di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) itu sekarang sudah pun berada di tahap kerja kerja penyiasatan atau soil investigation oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).
Pada masa kini, katanya, JKR negeri sedang melaksanakan kerja ukur tambahan di tapak cadangan jalan masuk serta menyiapkan pelan susun atur dengan menggunakan Pelan Lukisan Piawai Hospital Parit Buntar.
Menurutnya, pelan berkenaan akan dikemukakan ke Bahagian Perancangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tujuan kelulusan.
“Anggaran Kos Awal atau PDA akan dikemukakan kepada KKM pada 15 Ogos depan sebelum bengkel Pengurusan Nilai (VA) dijangka dapat dilaksanakan pada 18 September depan.
“Kerja-kerja yang dijalankan ini sekali gus menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa projek itu hanya angan-angan kosong atau pun gimik politik sempena PRU14. Saya sudah minta projek ini diadakan sejak awal lagi, ia melibatkan kredibiliti saya selaku wakil rakyat di sini dan saya sentiasa membuat tindakan susulan untuk pastikan Maran dapat hospital sendiri,” katanya pada sidang media Majlis Peletakan Batu Asas Hospital Maran di Batu 55, Jalan Maran Jerantut, Luit, di sini, pagi tadi.
Ismail berkata, perlu difahami pembangunan Hospital Maran melibatkan banyak pihak dan jabatan dalam memastikan projek ini terlaksana. #sumber
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Calon BN Parlimen Maran Dakwa Hospital Maran Bukan Gimik Politik
Sekianlah artikel Calon BN Parlimen Maran Dakwa Hospital Maran Bukan Gimik Politik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Calon BN Parlimen Maran Dakwa Hospital Maran Bukan Gimik Politik dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/05/calon-bn-parlimen-maran-dakwa-hospital.html