Calon PH DUN Tanah Rata, Waris Anak Petani Yang Menabur Bakti

Calon PH DUN Tanah Rata, Waris Anak Petani Yang Menabur Bakti - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Calon PH DUN Tanah Rata, Waris Anak Petani Yang Menabur Bakti, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Calon PH DUN Tanah Rata, Waris Anak Petani Yang Menabur Bakti
link : Calon PH DUN Tanah Rata, Waris Anak Petani Yang Menabur Bakti

Baca juga


Calon PH DUN Tanah Rata, Waris Anak Petani Yang Menabur Bakti


CAMERON HIGHLANDS: Balik ke asal; pepatah ini mungkin paling sesuai buat Chiong Yoke Kong, 35, calon Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi mempertahankan kerusi DUN N01 Tanah Rata Cameron Highlands pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

Memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains – Biologi Molekular dari Fakulti Sains, Universiti Malaya, anak muda yang mahir menulis dan fasih berbahasa Melayu ini memulakan kerjayanya di sebuah syarikat kajian perubatan di ibu kota.

Bagaimana pun, itu tidak menjadikannya kekok untuk pulang berbakti di kampung halamannya di Cameron Highlands kerana darah petani mengalir dalam tubuhnya.

“Ibu saya berasal dari keluarga petani di Tringkap dan merupakan anak bongsu kesayangan keluarga.

“Walaupun berhijrah ke Kuala Lumpur selepas berkahwin, ibu mengekalkan hubungan baik dengan ahli keluarga di Tringkap,” katanya kepada Roketkini.

Apa yang lebih penting katanya ialah  iltizam dan kesungguhan untuk memastikan perkembangan mampan ekonomi Cameron Highlands dan kelestarian alam sekitar kawasan Banjaran Titiwangsa itu.

Beliau ingin membuktikan bahawa politik bukanlah perebutan kuasa tetapi perjuangan untuk menjadikan kehidupan rakyat lebih baik.

Walaupun gelanggang pilihan raya di Tanah Rata ini adalah perlawanan sulung Yoke Kong, beliau bukanlah orang baru dalam arena politik.

Menjelang PRU12 pada tahun 2008, Yoke Kong telah mengambil bahagian dalam pasukan kempen pilihan raya (YB) Teo Nie Ching di Serdang.

Bertitik tolak dari situ, minat dan keazamannya untuk berkecimpung dalam bidang politik semakin membara – perjalanan politik Yoke Kong menjadi semakin jauh dan matang.

Selepas tsunami politik 8 Mac 2008, beliau mengisi kelapangannya mengikuti pemimpin belia DAPSY ke seluruh negara untuk menyelesaikan urusan-urusan parti.

Yoke Kong juga antara individu yang bertanggungjawab menubuhkan cawangan-cawangan parti dan menghidupkan semula bengkel-bengkel pendidikan kefahaman demokrasi.

Keberanian dan kelantangannya menyuarakan kritikan ekoran krisis politik Perak pada tahun 2009 menyebabkan beliau pernah ditahan oleh polis selama empat hari.

Pada PRU13, DUN Tanah Rata telah dimenangi oleh DAP dengan majoriti 3,144 undi menewaskan calon BN dan Bebas.

Janji dan iltizam Yoke Kong sekiranya berjaya mempertahankan DUN Tanah Rata antara lain melaksanakan langkah untuk menghentikan ancaman dan kemudaratan ke atas kepentingan petani, mendapatkan keadilan isu tanah dana lam sekitar, menaiktaraf sektor pertanian dan menjamin kesejahteraan kehidupan masyarakat orang asli.

Selain itu, kemenangan HARAPAN di Tanah Rata juga akan memastikan isu kesesakan lalu lintas ditangani dengan bijak, memperkasakan keselamatan empangan, mengadakan dialog dengan penduduk dan pihak berkepentingan, membentuk budaya komuniti, memastikan mata pencarian masyarakat setempat dan menawarkan khidmat komuniti. #sumber


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Calon PH DUN Tanah Rata, Waris Anak Petani Yang Menabur Bakti

Sekianlah artikel Calon PH DUN Tanah Rata, Waris Anak Petani Yang Menabur Bakti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Calon PH DUN Tanah Rata, Waris Anak Petani Yang Menabur Bakti dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/05/calon-ph-dun-tanah-rata-waris-anak.html

Subscribe to receive free email updates: