Judul : Calon PAS DUN Tanjung Lumpur Nafi Gunakan Duit Sendiri Untuk Pasang Billboard
link : Calon PAS DUN Tanjung Lumpur Nafi Gunakan Duit Sendiri Untuk Pasang Billboard
Calon PAS DUN Tanjung Lumpur Nafi Gunakan Duit Sendiri Untuk Pasang Billboard
KUANTAN: Calon PAS DUN Tanjung Lumpur, Rosli Abdul Jabar menafikan beliau menggunakan duit sendiri untuk memasang billboard gergasi yang terpapar wajah beliau di tepi jalan Tanjung Lumpur dekat sini.
Sebelum ini ada tuduhan yang dibuat mengatakan beliau membazirkan wang mencecah RM50 ribu semata-mata untuk menampung kos pemasangan billboard terbabit.
"Saya pun tak tahu menahu ada orang pasang billboard ni, tau-tau dah ada kat jalan Tanjung Lumpur ni... Kalau harap duit saya, nak beli bendera pun tak cukup. Saya dimaklumkan penyumbang yang pasang sendiri. Terima kasih banyak atas sumbangan. Saya tak mungkin mampu membalasnya dengan harta, hanya mendoakan agar Allah kurniakan kebaikan di dunia dan akhirat. Hanya Allah sebaik-baik pembalas kebaikan hambaNya", kata kenyataan Pesuruhjaya PAS Pahang itu.
Susulan tuduhan tidak benar itu, ramai penyokong PAS menggesa laporan polis dibuat dan tindakan saman fitnah (kes berita tidak benar) terhadap pihak terbabit.
Rosli adalah penyandang kerusi DUN Tanjung Lumpur. Pada PRU13 lalu, beliau menang ke atas Datuk Seri Tengku Zulkifly Tengku Ahmad (BN) dengan majoriti 796 undi.
Pada PRU14 ini mereka sekali lagi akan bertembung dalam pertandingan tiga penjuru yang menampilkan calon Pakatan Harapan (PH) Sabrina Md. Yusoff turut bersaing untuk merampas kerusi DUN Tangjung Lumpur kali ini. #PDO
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Calon PAS DUN Tanjung Lumpur Nafi Gunakan Duit Sendiri Untuk Pasang Billboard
Sekianlah artikel Calon PAS DUN Tanjung Lumpur Nafi Gunakan Duit Sendiri Untuk Pasang Billboard kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Calon PAS DUN Tanjung Lumpur Nafi Gunakan Duit Sendiri Untuk Pasang Billboard dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/05/calon-pas-dun-tanjung-lumpur-nafi.html