Terima "Anugerah Khas Pemuda", Hamid Nazahar "Wajar" Jadi Calon BN Di Kuantan !

Terima "Anugerah Khas Pemuda", Hamid Nazahar "Wajar" Jadi Calon BN Di Kuantan ! - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Terima "Anugerah Khas Pemuda", Hamid Nazahar "Wajar" Jadi Calon BN Di Kuantan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Terima "Anugerah Khas Pemuda", Hamid Nazahar "Wajar" Jadi Calon BN Di Kuantan !
link : Terima "Anugerah Khas Pemuda", Hamid Nazahar "Wajar" Jadi Calon BN Di Kuantan !

Baca juga


Terima "Anugerah Khas Pemuda", Hamid Nazahar "Wajar" Jadi Calon BN Di Kuantan !


KUANTAN: Teka-teki siapakah calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Parlimen Kuantan kini kembali panas. Biar pun ada dakwaan kerusi tersebut akan ditandingi semula oleh calon MCA, namun kini ia masih lagi menjadi tanda tanya semula.

Tambahan pula, terdapat kempen berterusan yang dilakukan di group Facebook Warga Kuantan untuk mengangkat  calon UMNO, Datuk Seri Ab. Hamid Nazahar untuk bertanding di kerusi ini.

"Kami tidak berputus asa untuk terus melakukan kempen bagi menyedarkan pihak atasan agar mengekalkan kerusi ini agar ditandingi oleh calon dari parti UMNO. Malah kami yakin dengan pengaruh dan ketokohan DS Ab.Hamid sekiranya diberikan tanggungjawab sebagai calon BN pada PRU kali ini", kata seorang penyokong UMNO.

"UMNO sudah lama buat kerja, bukan baru sekarang nak tunjuk muka. Kami terus menjalankan aktiviti bagi mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada parti keramat ini, biar pun kami tahu kerusi ini milik pembangkang (PKR) sejak dua penggal lalu". katanya lagi.

"Selagi watikah belum keluar, kami yakin calon UMNO mendapat tempat dihati pimpinan atasan  terutamanya Presiden UMNO sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Maka itu, kami terus berkempen untuk memastikan impian itu terlaksana", tambah beliau.

Sementara itu, tinjauan PDO ke group Facebook Kuantan terbukti saban hari ada saja gambar-gambar Datuk Seri Ab. Hamid Nazahar dipaparkan. Berbagai komen yang diterima dari kalangan netizen. Namun usaha itu tetap konsisten hingga ke hari ini.


Sebagai seorang penerima Anugerah Khas Pemuda UMNO Malaysia 2017 bersempena Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini, Bekas Penolong Bendahari Pemuda UMNO itu sememangnya dilihat layak untuk menggalas tanggungjawab sebagai calon BN yang berwibawa pada PRU14 ini.

Malah, tokoh terbabit juga kerap turun padang tanpa jemu sejak sekian lama semata-mata untuk mendekati rakyat di kawasan Parlimen Kuantan. Sewajarnya insan hebat seperti ini mendapat tempat sebagai menghargai anugerah yang beliau terima tahun lalu. #PDO


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Terima "Anugerah Khas Pemuda", Hamid Nazahar "Wajar" Jadi Calon BN Di Kuantan !

Sekianlah artikel Terima "Anugerah Khas Pemuda", Hamid Nazahar "Wajar" Jadi Calon BN Di Kuantan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Terima "Anugerah Khas Pemuda", Hamid Nazahar "Wajar" Jadi Calon BN Di Kuantan ! dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/04/terima-anugerah-khas-pemuda-hamid.html

Subscribe to receive free email updates: