SPR Tiada Halangan Untuk Calon Parti Politik Guna Lambang PKR !

SPR Tiada Halangan Untuk Calon Parti Politik Guna Lambang PKR ! - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPR Tiada Halangan Untuk Calon Parti Politik Guna Lambang PKR !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPR Tiada Halangan Untuk Calon Parti Politik Guna Lambang PKR !
link : SPR Tiada Halangan Untuk Calon Parti Politik Guna Lambang PKR !

Baca juga


SPR Tiada Halangan Untuk Calon Parti Politik Guna Lambang PKR !


PETALING JAYA: Tiada halangan untuk calon parti politik yang bertanding atas tiket PKR untuk menggunakan lambang parti itu selagi dibenarkan oleh PKR, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataan hari ini.

Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata parti politik yang bertanding mestilah berdaftar, dibenarkan menjalankan aktiviti bawah Akta Pertubuhan dan perlu membawa surat kebenaran bertulis untuk calon.

“Mana-mana parti politik yang bersetuju membenarkan mana-mana calon bertanding mewakili parti politik berkenaan diminta membawa surat kebenaran bertulis,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, kebenaran bertulis itu harus ditandatangani pegawai parti yang membenarkan calon itu menggunakan logo parti, selaras Peraturan 11(2)(d) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.

“Calon yang tidak mendapat kebenaran bertulis daripada parti ingin diwakilinya, sekiranya layak bertanding, pegawai pengurus akan memperuntukkan kepadanya lambang sedia ada yang ditetapkan sebagai ganti,” katanya.

Dalam kenyataan itu, Mohd Hashim menegaskan, selagi syarat tersebut dipenuhi, mana-mana calon layak mewakili parti yang memberikan kebenaran bertulis itu dan tiada peruntukan menyatakan ahli parti hanya dibenarkan mewakili partinya sahaja.

“SPR tidak pernah menghalang selagi mana peruntukan dalam Perkara 11(2)(d) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 tersebut dipatuhi sepenuhnya,” katanya sambil memberitahu, peraturan dan garis panduan lengkap tentang penggunaan lambang dan bahan kempen bakal dikeluarkan tidak lama lagi.

Pada 6 April lalu, Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan semua calon DAP, Amanah dan PPBM akan bertanding bawah lambang PKR selepas mereka tidak dapat mendaftarkan PH untuk pilihan raya umum akan datang.

Semalam, Dr Mahathir berkata pihaknya mahu bertemu SPR bagi mendapatkan pengesahan tentang penggunaan lambang PKR oleh calon-calon mereka. #sumber



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel SPR Tiada Halangan Untuk Calon Parti Politik Guna Lambang PKR !

Sekianlah artikel SPR Tiada Halangan Untuk Calon Parti Politik Guna Lambang PKR ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SPR Tiada Halangan Untuk Calon Parti Politik Guna Lambang PKR ! dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/04/spr-tiada-halangan-untuk-calon-parti.html

Subscribe to receive free email updates: