Spekulasi Keluar Parti, Tian Chua Mungkin Kekal Tanding Parlimen Batu

Spekulasi Keluar Parti, Tian Chua Mungkin Kekal Tanding Parlimen Batu - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Spekulasi Keluar Parti, Tian Chua Mungkin Kekal Tanding Parlimen Batu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Spekulasi Keluar Parti, Tian Chua Mungkin Kekal Tanding Parlimen Batu
link : Spekulasi Keluar Parti, Tian Chua Mungkin Kekal Tanding Parlimen Batu

Baca juga


Spekulasi Keluar Parti, Tian Chua Mungkin Kekal Tanding Parlimen Batu


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkemungkinan besar dikekalkan sebagai calon di kerusi Parlimen itu, kata seorang sumber.

Sumber itu berkata, Tian Chua dijangka mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya umum akan datang walaupun tanda terdahulu menunjukkan beliau bakal bertanding di Johor.

“Sumbangannya banyak di Batu. Kepimpinan parti pun tahu sumbangannya di situ,” katanyahari ini.

Sumber itu berkata, dua minggu lepas, sesetengah ahli PKR mencadangkan Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong beralih ke Parlimen Batu dan Tian Chua bersetuju dengan cadangan itu.

Bagaimanapun, petunjuk pencapaiannya menunjukkan beliau mempunyai rekod baik di Parlimen Batu.

Petang tadi, Tian Chua mengumumkan akan terus bersama PKR walaupun spekulasi mengatakan beliau mungkin keluar parti.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan kepimpinan PKR supaya berhati-hati dalam memilih calon terbaik untuk memenangi pilihan raya umum ke-14.

Ia susulan spekulasi berlaku tarik tali dalam senarai calon antara 2 puak dalam PKR, satu diketuai Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali, manakala satu lagi oleh Naib Presidennya, Rafizi Ramli yang menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Bagaimanapun, sumber itu berkata, Wan Azizah akan memilih calon berdasarkan pencapaian mereka.

“Calon tidak boleh dipilih kerana ‘anda kawan saya, maka saya letak anda di kerusi ini’.

“Senarai calon itu akan ditentukan berdasarkan pencapaian, jawapan Parlimen, statistik dan sokongan akar umbi.

“Ia berdasarkan rekod prestasi,” katanya sambil menambah beberapa kajian ke atas calon dilakukan oleh Invoke, sebuah badan kaji selidik yang dikendalikan Rafizi.

Oleh itu, katanya, berlaku salah faham mengenai pemilihan calon.

“Timbul rasa tidak puas hati kerana sebilangan calon yang dikemukakan Azmin ditolak,” katanya.

Sesetengah pihak menyuarakan kekecewaan terhadap kemungkinan calon kerusi Parlimen Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Kee Kwong digugurkan dan digantikan Datin Paduka Tan Yee Kew.

Bagaimanapun, 2 hari lepas, Tian Chua memberitahu, jika kepimpinan mahu menggantikan Tan, maka penggantinya mestilah orang muda dan boleh menguasai dwibahasa kerana itu ialah kerusi majoriti Melayu.

Beberapa sumber berkata, sebilangan ahli PKR mencadangkan Wong sebagai pengganti Tan di Wangsa Maju.

Sumber itu mendedahkan senarai calon itu juga menunjukkan R Sivarasa akan mempertahankan kerusinya di Sungai Buloh (sebelum ini dikenali sebagai Subang), sementara Wong Chen akan bertanding di Subang (dahulu ialah Kelana Jaya), sementara G Manivannan di Kapar.

Beliau berkata, walaupun Nurul Izzah Anwar sebelum ini menafikan akan bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh, tetapi namanya masih dikekalkan di kerusi tersebut, sementara Wan Azizah berpindah ke Pandan.

Katanya, Nurul Izzah lebih berminat bertanding di Kuala Lumpur atau Selangor, tetapi parti mahu beliau ke Permatang Pauh.

Penyandang kerusi Parlimen Gombak, Azmin bakal bertanding di Ampang dan masih tidak diketahui siapakah penggantinya di Gombak yang merupakan kubu kuat PAS.

Bagaimanapun, Azmin memerlukan persetujuan Wan Azizah untuk berpindah ke Ampang. #sumber


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Spekulasi Keluar Parti, Tian Chua Mungkin Kekal Tanding Parlimen Batu

Sekianlah artikel Spekulasi Keluar Parti, Tian Chua Mungkin Kekal Tanding Parlimen Batu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Spekulasi Keluar Parti, Tian Chua Mungkin Kekal Tanding Parlimen Batu dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/04/spekulasi-keluar-parti-tian-chua.html

Subscribe to receive free email updates: