Ronnie Liu Kembali, "Enam" Muka Baru Di Calonkan DAP Di Selangor !

Ronnie Liu Kembali, "Enam" Muka Baru Di Calonkan DAP Di Selangor ! - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ronnie Liu Kembali, "Enam" Muka Baru Di Calonkan DAP Di Selangor !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ronnie Liu Kembali, "Enam" Muka Baru Di Calonkan DAP Di Selangor !
link : Ronnie Liu Kembali, "Enam" Muka Baru Di Calonkan DAP Di Selangor !

Baca juga


Ronnie Liu Kembali, "Enam" Muka Baru Di Calonkan DAP Di Selangor !


KUALA LUMPUR: Bekas Exco Selangor, Ronnie Liu kembali dicalonkan DAP untuk pilihan raya umum akan datang, dengan 6 muka baru dipilih bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Liu dicalonkan untuk kerusi DUN Sungai Pelek. Beliau merupakan bekas exco kerajaan Selangor selepas memenangi kerusi DUN Pandamaran pada 2008. Beliau tidak bertanding pada 2013.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan senarai calon parti itu hari ini, dengan 4 calon bertanding di kerusi Parlimen yang pernah dimenangi DAP pada 2013, dan 7 merebut semula kerusi DUN.

Senarai calon baru bagi kerusi DUN:

Brian Lai – Teratai
Edry Faizal Yusof – Dusun Tua
Michelle Ng – Subang Jaya
Lim Yi Wei – Kampung Tunku
Jamaliah Jamaluddin – Bandar Utama
Tony Leong – Pandamaran
Lim berkata, parti itu akan bertanding di 16 kerusi DUN seperti PRU lepas. Hari penamaan calon ditetapkan pada 28 April ini dan mengundi pada 9 Mei.

Senarai calon yang bertanding semula

Kerusi Parlimen

Ong Kian Ming – Bangi (sebelum ini Serdang)
Gobind Singh Deo – Puchong
Tony Pua – Damansara (sebelum ini Petaling Jaya Utara)
Charles Santiago – Klang

Kerusi DUN

Ng Suee Lim – Sekinchan
Lee Kee Hiong – Kuala Kubu Baru
Eddie Ng – Balakong
Ean Yong Hian Wah – Seri Kembangan
Ng Sze Han – Kinrara
Rajiv Rishyakaran – Bukit Gasing
Teng Chang Khim – Sungai Pinang
V Ganabathirao – Sri Muda (sebelum ini menang di Kota Kemuning)
Lau Weng San – Telok Dato (sebelum ini menang di Banting)
Lim mengingatkan ahli dan penyokong yang parti itu akan bertanding menggunakan logo PKR.

“Ia bukan keputusan mudah.

“Merehatkan roket untuk pilihan raya ini tidak bermakna kita tidak lagi menyintainya, tetapi kerana kita lebih menyintai Malaysia.” #sumber



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Ronnie Liu Kembali, "Enam" Muka Baru Di Calonkan DAP Di Selangor !

Sekianlah artikel Ronnie Liu Kembali, "Enam" Muka Baru Di Calonkan DAP Di Selangor ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ronnie Liu Kembali, "Enam" Muka Baru Di Calonkan DAP Di Selangor ! dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/04/ronnie-liu-kembali-enam-muka-baru-di.html

Subscribe to receive free email updates: