Rizalman Dakwa Dia Sudah "Tutup Buku", Akan Sokong Calon Pilihan BN !

Rizalman Dakwa Dia Sudah "Tutup Buku", Akan Sokong Calon Pilihan BN ! - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rizalman Dakwa Dia Sudah "Tutup Buku", Akan Sokong Calon Pilihan BN !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rizalman Dakwa Dia Sudah "Tutup Buku", Akan Sokong Calon Pilihan BN !
link : Rizalman Dakwa Dia Sudah "Tutup Buku", Akan Sokong Calon Pilihan BN !

Baca juga


Rizalman Dakwa Dia Sudah "Tutup Buku", Akan Sokong Calon Pilihan BN !


KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar yang tidak dicalonkan di kerusi Parlimen itu berjanji akan membantu kempen calon Barisan Nasional (BN), Adnan Abu Seman.

“Saya sudah tutup buku. Boleh minta calon kerusi itu komen,” katanya selepas mengumumkan senarai calon BN Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan di Pusat Dagangan Dunia Putra, hari ini.

Sementara itu, Adnan yakin dapat menewaskan pencabarnya di Bandar Tun Razak.

“Apabila saya dipanggil menjadi calon, saya terkejut, tidak sangka saya calon yang dipilih.

“Bagaimanapun, kita harus yakin pada diri kita.”

Peguam berusia 42 tahun itu berkata, pencalonannya mendapat reaksi positif daripada jentera pilihan raya BN di Bandar Tun Razak dan berjanji akan membawa perubahan baik, khusus untuk anak muda di kawasan Parlimen itu, jika menang.

“Jentera BN di Bandar Tun Razak telah nyatakan sokongan sepenuhnya. BN mempunyai peluang cerah untuk rampas kembali kerusi Parlimen itu daripada PKR.

“Saya sebagai calon muda ingin ambil peluang ini bawa aspirasi anak muda ke Parlimen, kalau dipilih saya mampu hujah, analisa baik, bawa aspirasi untuk orang Bandar Tun Razak,” katanya.

Kerusi Parlimen Bandar Tun Razak merupakan antara kerusi majoriti Melayu di Kuala Lumpur di mana BN dikatakan ada peluang cerah untuk menang, menjadikannya rebutan sama ada di peringkat dalaman Umno mahupun di antara parti politik.

Kerusi ini dimenangi bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika bersama PKR pada 2008, tetapi Khalid yang dipecat PKR, dilaporkan tidak lagi berminat bertanding pada PRU14.

Secara tradisi, Bandar Tun Razak ditandingi MCA, tetapi bilangan pengundi Melayu yang ramai menyebabkan gesaan supaya UMNO beraksi di situ.

Rizalman baru-baru ini terpalit kontroversi susulan serbuan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis di sebuah kelab hiburan di Kuala Lumpur.

SPRM mmemaklumkan beliau gagal dalam ujian dadah. Ia disusuli penafian keras Rizalman yang mendakwa ada usaha mensabotaj beliau oleh pihak tertentu.

Polis kemudiannya mengumumkan Rizalman bebas daripada dadah.

Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil yang dikatakan akan dicalonkan di Bandar Tun Razak, turut menafikan beliau akan bertanding di kerusi itu. #sumber


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Rizalman Dakwa Dia Sudah "Tutup Buku", Akan Sokong Calon Pilihan BN !

Sekianlah artikel Rizalman Dakwa Dia Sudah "Tutup Buku", Akan Sokong Calon Pilihan BN ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rizalman Dakwa Dia Sudah "Tutup Buku", Akan Sokong Calon Pilihan BN ! dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/04/rizalman-dakwa-dia-sudah-tutup-buku.html

Subscribe to receive free email updates: