Judul : Polis "Pantau" Individu Berpotensi Timbul Kekecohan Semasa PRU14
link : Polis "Pantau" Individu Berpotensi Timbul Kekecohan Semasa PRU14
Polis "Pantau" Individu Berpotensi Timbul Kekecohan Semasa PRU14
KUANTAN: Polis Pahang akan memantau individu yang dikenal pasti berpotensi melakukan strategi serangan mengejut saat-saat akhir (SLMA) bagi menimbulkan kekecohan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Ketua Polis Negeri Datuk Seri Rosli Ab Rahman berkata pihaknya juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu itu, jika keadaan memerlukan.
"Kita dah kenal pasti individu-individu ini, bagaimanapun kita tidak mahu mengeluarkan bilangan individu terlibat. Senarai nama ini hanya untuk pengetahuan dan tindakan kita," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Taman Angkat Polis Aman Wanita (Amanita) Kontinjen Pahang di Dewan Serbaguna Taman Tas di sini, hari ini.
Dalam perkembangan lain, Rosli turut mengingatkan parti politik dan individu yang ingin mengadakan ceramah berkaitan politik agar mematuhi undang-undang termasuk mendapatkan permit terlebih dahulu.
Katanya mereka hanya perlu menghantar notis permohonan itu bagi mendapat kebenaran mengikut Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman dan Peraturan bawah Akta Pilihanraya, 10 hari sebelum ceramah diadakan. #sumber
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Polis "Pantau" Individu Berpotensi Timbul Kekecohan Semasa PRU14
Sekianlah artikel Polis "Pantau" Individu Berpotensi Timbul Kekecohan Semasa PRU14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Polis "Pantau" Individu Berpotensi Timbul Kekecohan Semasa PRU14 dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/04/polis-pantau-individu-berpotensi-timbul.html