Judul : Penyitaan Equanimity Tak Sah, Mahkamah Arah Kapal Layar Di Kembalikan
link : Penyitaan Equanimity Tak Sah, Mahkamah Arah Kapal Layar Di Kembalikan
Penyitaan Equanimity Tak Sah, Mahkamah Arah Kapal Layar Di Kembalikan
JAKARTA: Mahkamah Pengadilan Negeri Jakarta Selatan hari ini memutuskan bahawa tindakan pihak berkuasa menyita kapal layar Equanimity di Bali bulan lepas, adalah tidak sah.
Sehubungan itu, Hakim Ratmoho mengarahkan Polis Indonesia menyerahkan kembali kapal layar itu kepada pemiliknya, Equanimity (Cayman) Ltd Islands, yang menfailkan permohonan supaya kapal layar itu dikembalikan.
"Sita kapal Equanimity terhadap pemohon berdasarkan surat perintah penyitaan adalah tidak sah dan tidak berdasarkan hukum (undang-undang)," katanya dalam sidang pengadilan di sini, petang tadi.
Ratmoho berkata penyitaan itu tidak sah kerana polis gagal membuktikan kapal itu terbabit dalam kegiatan jenayah.
Kapal layar itu dirampas pada 28 Feb lepas di Bali dan menjadi sasaran penyebar berita dan maklumat tidak benar termasuk kononnya sejumlah besar wang ditemui di dalam kapal layar berkenaan.
Sebelum ini, wakil Direktur Direktorat Tindak Pidana Ekonomi Khusus (Dittipideksus) Indonesia, Daniel Silitingo, turut menafikan penemuan wang berkenaan.
Selain itu, kapal layar berkenaan turut dikaitkan dengan hartawan kontroversi Jho Low yang didakwa menggunakan dana daripada 1MDB untuk membeli kapal layar itu. #sumber
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Penyitaan Equanimity Tak Sah, Mahkamah Arah Kapal Layar Di Kembalikan
Sekianlah artikel Penyitaan Equanimity Tak Sah, Mahkamah Arah Kapal Layar Di Kembalikan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Penyitaan Equanimity Tak Sah, Mahkamah Arah Kapal Layar Di Kembalikan dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/04/penyitaan-equanimity-tak-sah-mahkamah.html