Penganjur Nafi Majlis Umumkan Calon Pakatan Harapan Di Jamu Arak

Penganjur Nafi Majlis Umumkan Calon Pakatan Harapan Di Jamu Arak - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penganjur Nafi Majlis Umumkan Calon Pakatan Harapan Di Jamu Arak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penganjur Nafi Majlis Umumkan Calon Pakatan Harapan Di Jamu Arak
link : Penganjur Nafi Majlis Umumkan Calon Pakatan Harapan Di Jamu Arak

Baca juga


Penganjur Nafi Majlis Umumkan Calon Pakatan Harapan Di Jamu Arak


KUANTAN: Tular di media sosial kononnya majlis pengumuman calon Pakatan Harapan (PH) untuk Parlimen Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar di Pahang disajikan dengan arak baru-baru ini.

Agak menyedihkan, majlis yang diadakan di sebuah restoran terbesar di Kuantan itu turut dihadiri pemimpin PH beragama Islam.

“Malam itu telah berlangsung upacara pengumuman calon PH untuk tiga parlimen bertempat di Restoran Golden Empire Palace, Tanjung Lumpur.

“Sangat menyedihkan, upacara tersebut dikhabarkan turut disajikan dengan arak. Ya, arak! Program ini diserikan dengan air kencing syaitan.

Agak pelik, apakah pimpinan PH yang beragama Islam langsung telah hilang rasa malu? Adakah penganjur langsung tiada rasa hormat kepada penyokong PH yang muslim, yang turut hadir ke situ?” menurut laporan yang tular itu.

Laporan itu turut meminta rakyat membayangkan, apakah yang akan terjadi jika PH menerajui Putrajaya, apabila dalam keadaan sekarang pun sudah dihina keberadaan umat Islam dalam majlis sekecil itu.

Bagaimanapun, Naib Pengerusi PAN Pahang, Zulkifli Mohamed membuat kenyataan balas menafikan perkara itu.

Katanya, berita yang sama sekali tidak benar dan berniat jahat dan mula disebarkan oleh individu yang sememangnya dikenali sikapnya.

“Saya adalah penganjur bersama dan hadir dalam program ini. Majlis ini diadakan di restoran Cina terbesar di Kuantan yang boleh memuat lebih 260 meja untuk makan malam ini.

“Dibahagikan kepada dua bahagian halal dan tidak halal. Untuk halal ianya adalah di bawah seliaan saya dan kontraktor makanan adalah muslim yang kami yakin solat dan ibadahnya juga seperti kita.

“Meja diletakkan berasingan di bahagian luar restoran,” kata Zulkifli.

Beliau berkata, arak sama sekali tidak dihidangkan dan tiada dalam menu disediakan oleh penganjur walaupun ianya telah dikategorikan sebagai non halal.

Bahkan, jelas Zulkifli lagi, tetamu non muslim membuat tempahan sendiri side order manakala yang beragama Islam tidak menghalangnya kerana itu adalah hak mereka.

“Sebagai muslim kami masih menjaga batas agama tanpa menafikan hak bukan Islam, tambahan pula kita berada dalam masyarakat yang begitu rencam,” ujarnya.

Pada malam Jumaat lalu, gabungan pembangkang PKR memperkenalkan penyelaras Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) membabitkan kawasan Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar dalam majlis Jamuan Makan Malam di sebuah restoran di sini.

Bagi Parlimen Kuantan, penyelarasnya ialah penyandang kerusi berkenaan, Fuziah Salleh (PKR), manakala Setiausaha Angkatan Wanita PAN negeri, Sabrina Md. Yusoff (DUN Tanjung Lumpur), Sim Chon Siang (PKR) (DUN Teruntum) dan Fakhrul Anuar Zulkawi (PKR) DUN Inderapura.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Abdullah pula adalah penyelaras Parlimen Indera Mahkota, Lee Chean Chung daripada PKR sebagai penyelaras DUN Semambu, manakala Zulkifli sebagai penyelaras DUN Beserah.

Bagi Paya Besar, Mohd. Yazid Mohd. Yunus daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dilantik penyelaras Parlimen itu, Datuk Fauzi Abdul Rahman (PKR) (DUN Sungai Lembing), Kamarzaman Mohamed Yunus (PKR) (DUN Panching) dan Ketua Pemuda PAN negeri, Nur Addin Ibrahim penyelaras DUN Lepar.

Walaupun tiada pengumuman calon dibuat, namun difahamkan setiap penyelaras Parlimen dan DUN itu turut menjadi calon gabungan pembangkang PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 9 Mei ini. #sumber


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Penganjur Nafi Majlis Umumkan Calon Pakatan Harapan Di Jamu Arak

Sekianlah artikel Penganjur Nafi Majlis Umumkan Calon Pakatan Harapan Di Jamu Arak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penganjur Nafi Majlis Umumkan Calon Pakatan Harapan Di Jamu Arak dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/04/penganjur-nafi-majlis-umumkan-calon.html

Subscribe to receive free email updates: