Kayveas Tolak Tawaran Tanding Di Segambut, Tetap Setia Di Cameron Highlands

Kayveas Tolak Tawaran Tanding Di Segambut, Tetap Setia Di Cameron Highlands - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kayveas Tolak Tawaran Tanding Di Segambut, Tetap Setia Di Cameron Highlands, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kayveas Tolak Tawaran Tanding Di Segambut, Tetap Setia Di Cameron Highlands
link : Kayveas Tolak Tawaran Tanding Di Segambut, Tetap Setia Di Cameron Highlands

Baca juga


Kayveas Tolak Tawaran Tanding Di Segambut, Tetap Setia Di Cameron Highlands


KUALA LUMPUR: Presiden Parti Progresif Penduduk (MyPPP), Tan Sri M Kayveas menolak tawaran Barisan Nasional (BN) untuk beliau bertanding di Segambut, selepas gabungan itu memilih MIC untuk mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands.

“Dukacita dimaklumkan saya diminta mempertimbangkan berpindah ke Segambut dan jawapan saya ialah TIDAK!” tulisnya dalam catatan Facebook kepada penyokongnya hari ini.

“BN sepatutnya menawarkan saya 4 tahun lalu dan dengan sokongan dan kepercayaan anda yang tidak berbelah bahagi terhadap saya, saya pastinya bekerja di sana seperti mana usaha di Cameron Highlands.”

Kayveas bagaimanapun memberi jaminan untuk terus berkhidmat kepada penduduk setempat, walaupun tidak dicalonkan di Cameron Highlands.

“Saya beri jaminan kepada anda bahawa selama ini saya telah berkhidmat tanpa penat lelah, walaupun tidak mempunyai sebarang kerusi, saya akan teruskan perjalanan bersama anda, sama ada dengan kerusi atau tidak.

“Itu janji saya kerana politik hanyalah platform dan saya masih boleh menyumbang kepada negara tercinta dan rakyat tanpa politik.

“Kebenarannya ialah kita masih pemenang kerana kita menggunakan jentera dan wang sendiri dan kita akan teruskan dengan cara itu.”

Kayveas sudah beberapa kali menyuarakan hasratnya untuk bertanding di Cameron Highlands.

Datuk Seri G Palanivel memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum ke-13 ketika menjadi presiden MIC, sebelum beliau meninggalkan parti itu.

Ketua Pemuda MIC, Datuk Sivarraajh Chandran dikatakan akan dicalonkan di kerusi itu bagi menentang DAP dan PSM.



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Kayveas Tolak Tawaran Tanding Di Segambut, Tetap Setia Di Cameron Highlands

Sekianlah artikel Kayveas Tolak Tawaran Tanding Di Segambut, Tetap Setia Di Cameron Highlands kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kayveas Tolak Tawaran Tanding Di Segambut, Tetap Setia Di Cameron Highlands dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/04/kayveas-tolak-tawaran-tanding-di.html

Subscribe to receive free email updates: