Edry: Adakah 'TM' Sertai Gerakan Ganggu Demokrasi Berparlimen?

Edry: Adakah 'TM' Sertai Gerakan Ganggu Demokrasi Berparlimen? - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Edry: Adakah 'TM' Sertai Gerakan Ganggu Demokrasi Berparlimen?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Edry: Adakah 'TM' Sertai Gerakan Ganggu Demokrasi Berparlimen?
link : Edry: Adakah 'TM' Sertai Gerakan Ganggu Demokrasi Berparlimen?

Baca juga


Edry: Adakah 'TM' Sertai Gerakan Ganggu Demokrasi Berparlimen?


Baru-baru dilaporkan dalam sebuah portal berita tempatan bahawa Telekom Malaysia (TM)yang telah mengeluarkan pekeliling yang menghalang pekerja TM untuk terlibat dalam pilihanraya raya umum yang ke-14 yang dilaporkan oleh Malaysiakini pada 18 April 2018.

Pekeliling itu menyatakan bahawa pekerja TM tidak boleh memainkan peranan selaku warga negara Malaysia untuk menjadi perayu undi, agen mengundi dan agen pengira bagi mana-mana parti politik.

Sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan, larangan para pekerja untuk terlibat dalam kempen pilihanraya sama ada menjadi perayu undi, agen mengundi dan agen pengira bagi parti-parti politik adalah tindakan yang bertentangan dengan hak berpersatuan dan bersuara di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 10 Perlembangaan Persekutuan memperuntukan hak kepada semua rakyat Malaysia untuk bebas bersuara dan berpersatuan selagi tidak menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara. Saya percaya ramai tidak faham, sejak bila pula penglibatan dalam proses demokrasi yang dijamin perlembagaan dan undang-undang menjadi seasuatu yang mengancam keselamatan negara.

Adakah TM kini sudah menjadi sebahagian dari gerakan yang sedang giat berusaha untuk menyusahkan warga Malaysia daripada melaksanakan tanggungjawab demokratik mereka? Kita dapat melihat kebelakangan ini, kenyataan-kenyataan menteri dan jentera Barisan Nasional seolah-olah mengarapkan tidak ramai terlibat dalam proses pilihanraya lebih-lebih lagi sebagai seorang pengundi.

Jika TM sebenarnya sudah menjadi sebahagian dari gerakan ganggu demokrasi berparlimen, mengapa tidak TM keluarkan saja pekeliling menyuruh agar pekerja-pekerjanya tidak boleh mengundi terus? Saya percaya, para pemimpin Barisan Nasional yang seboleh-boleh tidak mahu ramai keluar mengundi bergembira jika TM bertindak sedemikian.

Saya menyeru pekerja TM supaya tidak mudah digertak oleh mana-mana anasir gerakan ganggu demokrasi berparlimen kerana ianya jelas bertentangan dengan undang-undang tertinggi negara kita.

Kepada semua pekerja TM, saya sisipkan apa yang Tun Mahathir pesankan ketika konvensyen Pakatan Harapan 2018, “Berani-beranilah!” #sumber

## Edry Faizal Eddy Yusof adalah Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Ahli Majlis; Majlis Perbansaran Selayang


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Edry: Adakah 'TM' Sertai Gerakan Ganggu Demokrasi Berparlimen?

Sekianlah artikel Edry: Adakah 'TM' Sertai Gerakan Ganggu Demokrasi Berparlimen? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Edry: Adakah 'TM' Sertai Gerakan Ganggu Demokrasi Berparlimen? dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/04/edry-adakah-tm-sertai-gerakan-ganggu.html

Subscribe to receive free email updates: