DAP 'Persoalkan' Kenapa Syarikat China Boleh Dapat Pelepasan GST ?

DAP 'Persoalkan' Kenapa Syarikat China Boleh Dapat Pelepasan GST ? - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DAP 'Persoalkan' Kenapa Syarikat China Boleh Dapat Pelepasan GST ?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DAP 'Persoalkan' Kenapa Syarikat China Boleh Dapat Pelepasan GST ?
link : DAP 'Persoalkan' Kenapa Syarikat China Boleh Dapat Pelepasan GST ?

Baca juga


DAP 'Persoalkan' Kenapa Syarikat China Boleh Dapat Pelepasan GST ?


KUALA LUMPUR: Perakuan Jabatan Kastam berkenaan pelepasan cukai GST kepada syarikat China Communications Construction Company (CCCC) yang terlibat dalam projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang bernilai RM55 bilion menimbulkan persoalan besar.

“Kenapa rakyat Malaysia, syarikat tempatan dan kerajaan negeri sekalipun terpaksa menanggung GST sedangkan syarikat asing mendapat pelepasan GST?”

Demikian persoalan ditimbulkan calon Pakatan Harapan bagi Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim.

“Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kastam, Subromaniam Tholasy, pelepasan GST kepada syarikat negara China tersebut adalah kerana projek ECRL membabitkan kepentingan awam.

“Berdasarkan alasan tersebut, maka kerajaan pusat juga patut memberikan pelepasan GST kepada projek-projek awam dan perkhidmatan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang sudah tentu melibatkan kepentingan awam,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Kata Steven lagi, sekiranya syarikat China yang mendapat untung membina projek mega di negara kita, dan juga menggaji pekerja asing dari China dengan alasan ‘penguasaan bahasa’ boleh mendapat pelepasan GST, maka kerajaan pusat patut memberikan pelepasan GST dan insentif cukai yang lain kepada syarikat-syarikat tempatan agar mereka mengambil pekerja tempatan dan menaikkan gaji minima kepada RM1,500.

“Dengan alasan yang sama, kerajaan pusat juga patut memberikan pelepasan GST kepada projek-projek perumahan mampu milik,” tambahnya. #sumber


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel DAP 'Persoalkan' Kenapa Syarikat China Boleh Dapat Pelepasan GST ?

Sekianlah artikel DAP 'Persoalkan' Kenapa Syarikat China Boleh Dapat Pelepasan GST ? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DAP 'Persoalkan' Kenapa Syarikat China Boleh Dapat Pelepasan GST ? dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/04/dap-persoalkan-kenapa-syarikat-china.html

Subscribe to receive free email updates: