'Doktor Rakyat' Tekad Mahu Beri Perkhidmatan 'Terbaik' Di Indera Mahkota

'Doktor Rakyat' Tekad Mahu Beri Perkhidmatan 'Terbaik' Di Indera Mahkota - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Doktor Rakyat' Tekad Mahu Beri Perkhidmatan 'Terbaik' Di Indera Mahkota, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Doktor Rakyat' Tekad Mahu Beri Perkhidmatan 'Terbaik' Di Indera Mahkota
link : 'Doktor Rakyat' Tekad Mahu Beri Perkhidmatan 'Terbaik' Di Indera Mahkota

Baca juga


'Doktor Rakyat' Tekad Mahu Beri Perkhidmatan 'Terbaik' Di Indera Mahkota


KUANTAN: Tugas memberi khidmat kepada rakyat bukanlah satu perkara yang asing bagi calon muka baharu Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Indera Mahkota.

Datuk Dr Johan Mat Sah yang terkenal dengan gelaran 'doktor rakyat' oleh penduduk Parlimen Indera Mahkota merupakan pengamal perubatan sejak 28 tahun lalu sebelum menceburkan diri dalam bidang politik.

"Saya telah mula bergerak untuk memberi khidmat kepada masyarakat sejak empat tahun lepas lagi setelah menjadi Anggota Jawatankuasa UMNO cawangan Indera Mahkota.

"Jika diberikan kepercayaan untuk mewakili mereka nanti, selain daripada menumpukan khidmat kepada masyarakat, saya juga berhasrat untuk membantu lebih ramai golongan susah dengan memberikan bantuan kepada pesakit kronik serta sumbangan kepada anak yatim dan ibu tunggal.

"Dalam masa yang sama kami akan bawa lebih banyak projek ekonomi berimpak tinggi untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan muda," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada Program Titik Sentuh Rakyat Ziarah Kasih Kemas di sini hari ini.

Program itu turut disertai calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu, Quek Tai Seng.

Mengulas lanjut mengenai perancangan yang akan dilakukan jika terpilih sebagai wakil rakyat, Dr Johan bercadang untuk mewujudkan lebih banyak perumahan mampu milik di kawasan Indera Mahkota untuk golongan muda.

"Saya lihat anak muda sekarang mempunyai masalah untuk memiliki kediaman sendiri disebabkan harga rumah yang tinggi, jadi saya bercadang untuk mendapatkan dana daripada kerajaan untuk membina sebanyak mungkin rumah mampu milik di sini," katanya.

Dalam masa yang sama Dr Johan berkata walaupun sebelum ini kawasan itu dikuasai pembangkang, kerajaan tidak pernah meminggirkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat di kawasan tersebut termasuk membantu membaik pulih rumah penduduk yang bermasalah dan membaiki jalan yang rosak.

Malah UMNO Indera Mahkota dengan bantuan dana daripada kerajaan negeri turut membantu menyediakan kemudahan air terawat di kawasan Darat Jering dan Changkat Lempong di sini.

Selain itu, masalah jalan raya yang rosak akibat dilalui kenderaan berat terutama lori bauksit di Alor Batu juga sedang dalam proses naik taraf bagi memberi keselesaan kepada penduduk setempat.

Sehubungan itu beliau berharap pengundi di Indera Mahkota dapat membuat pemilihan dengan bijak wakil rakyat mereka pada PRU14. #sumber


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel 'Doktor Rakyat' Tekad Mahu Beri Perkhidmatan 'Terbaik' Di Indera Mahkota

Sekianlah artikel 'Doktor Rakyat' Tekad Mahu Beri Perkhidmatan 'Terbaik' Di Indera Mahkota kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Doktor Rakyat' Tekad Mahu Beri Perkhidmatan 'Terbaik' Di Indera Mahkota dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/04/doktor-rakyat-tekad-mahu-beri.html

Subscribe to receive free email updates: