Chegubard Di Dakwa, Tuduhan Terbit Artikel Menghasut Berkaitan Institusi Raja Selangor

Chegubard Di Dakwa, Tuduhan Terbit Artikel Menghasut Berkaitan Institusi Raja Selangor - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Chegubard Di Dakwa, Tuduhan Terbit Artikel Menghasut Berkaitan Institusi Raja Selangor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Chegubard Di Dakwa, Tuduhan Terbit Artikel Menghasut Berkaitan Institusi Raja Selangor
link : Chegubard Di Dakwa, Tuduhan Terbit Artikel Menghasut Berkaitan Institusi Raja Selangor

Baca juga


Chegubard Di Dakwa, Tuduhan Terbit Artikel Menghasut Berkaitan Institusi Raja Selangor


SHAH ALAM: Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menyiarkan penerbitan artikel menghasut berkaitan institusi diraja Selangor, 11 Januari lepas.

Badrul Hisham atau Chegubard, 40, yang juga bekas ketua PKR cabang Rembau, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan yang dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Rihaida Rafie.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menerbitkan 7 perkara menghasut itu menerusi akaun laman sosial Facebook miliknya atas nama Chegubard di Jalan Kuarza 7/9, Seksyen 7, kira-kira pukul 5 petang, 11 Januari lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(C) Akta Hasutan 1948 (Akta 15), boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama iaitu denda tidak lebih RM5,000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Jika kesalahan sama dilakukan, tertuduh boleh dipenjara tidak lebih 5 tahun.

Timbalan pendakwa raya Selangor, Muhamad Iskandar Ahmad yang mengendali kes itu memohon mahkamah menetapkan jaminan RM10,000 dan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah selain tiada sebarang dokumen perjalanan dikeluarkan kepada Badrul Hisham sehingga kes selesai.

Katanya ini kerana tertuduh sepatutnya didakwa semalam namun Badrul Hisham tidak dapat dikesan sehingga tengah malam tadi menyebabkan terpaksa ditangguh ke hari ini dan sikap tertuduh dilihat seperti cuba mengelak untuk dibawa ke mahkamah.

Peguam tertuduh, Muhammad Nor Izzat Nordin berkata anak guamnya bersedia menyerahkan pasport antarabangsa miliknya kepada mahkamah dan memohon jaminan dikurangkan antara RM3,000 hingga RM5,000.

Hakim Rihaida kemudian menetapkan jaminan RM6,000 dan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai dan kes akan disebut semula pada 16 Mei ini. #sumber


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Chegubard Di Dakwa, Tuduhan Terbit Artikel Menghasut Berkaitan Institusi Raja Selangor

Sekianlah artikel Chegubard Di Dakwa, Tuduhan Terbit Artikel Menghasut Berkaitan Institusi Raja Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Chegubard Di Dakwa, Tuduhan Terbit Artikel Menghasut Berkaitan Institusi Raja Selangor dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/04/chegubard-di-dakwa-tuduhan-terbit.html

Subscribe to receive free email updates: