Judul : Blogger CMK Cucumatkilau Belum Putuskan Lagi Sertai PRU Kali Ini !
link : Blogger CMK Cucumatkilau Belum Putuskan Lagi Sertai PRU Kali Ini !
Blogger CMK Cucumatkilau Belum Putuskan Lagi Sertai PRU Kali Ini !
KUANTAN: Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli hari ini berkata beliau belum memutuskan sama ada bertanding atau tidak pada PRU14 kali ini.
"Saya masih dalah mood tunggu dan lihat. Namun, saya nampak jelas kemeriahan PRU kali ini bila ramai rakan-rakan aktivis rakyat di Pahang yang menawarkan diri untuk bertanding pada kali ini", katanya.
Beliau yang juga popular dengan gelaran Blogger Cucumatkilau (CMK) berkata, jika diberi peluang dia mungkin bertanding kerusi parlimen pula pada kali ini.
"Mungkin belum sampai seru untuk saya umumkan, saya dah ada pengalaman bertanding tiket parti (PRU12) dan bebas (PRU13), maka itu ramai melihat kenapa saya tidak sertai PRU14 pula",
"Ramai rakan-rakan yang sering bertanya, saya bertanding di kerusi mana kali ini. Namun saya tidak dapat memberi keputusan pada masa sekarang kerana segalanya berkemungkinan. Saya boleh umum di saat akhir jika mahu", kata Shukri lagi.
Mutakhir ini terdapat desas-desus mengatakan Shukri akan bertanding di kerusi Parlimen Kuantan untuk menentang bekas bos lamanya ketika dalam Keadilan iaitu Fuziah Salleh. Malah ada yang mendakwa beliau mungkin kekal bertanding di DUN Semambu.
"Saya lihat kemeriahan pertembungan tiga penjuru antara BN-PH-GS kian terasa, jika ada calon bebas maka ia menjadi empat penjuru pula. Ramai akan menuduh calon bebas pecah undi. Namun, demokrasi perlu disuburkan", tambah beliau lagi. #PDO
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Blogger CMK Cucumatkilau Belum Putuskan Lagi Sertai PRU Kali Ini !
Sekianlah artikel Blogger CMK Cucumatkilau Belum Putuskan Lagi Sertai PRU Kali Ini ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Blogger CMK Cucumatkilau Belum Putuskan Lagi Sertai PRU Kali Ini ! dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/04/blogger-cmk-cucumatkilau-belum-putuskan.html