Judul : Salleh: 'Pembangkang' Manipulasi Berita Sita Kapal Layar Untuk Raih Undi
link : Salleh: 'Pembangkang' Manipulasi Berita Sita Kapal Layar Untuk Raih Undi
Salleh: 'Pembangkang' Manipulasi Berita Sita Kapal Layar Untuk Raih Undi
Menteri komunikasi dan multimedia itu berkata, pembangkang menggunakan “dakwaan tidak disahkan dan terbukti” yang kapal layar mewah itu, Equanimity dimiliki Low dan dibeli dengan dana 1MDB.
Beliau berkata, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) tidak menunjukkan sebarang bukti nyata yang Low ialah pemilik sebenar atau kapal layar itu dibeli dengan dana 1MDB.
“Realitinya ialah sumber dakwaan itu terkandung dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS), yang sebenarnya ditangguhkan sejak Ogos 2017,” katanya dalam blognya hari ini.
Reuters hari ini melaporkan polis Indonesia menyita Equanimity di Bali, semalam, susulan surat daripada Biro Penyiasatan Persekutuan AS (FBI) yang diterima pada 21 Februari lalu.
Mereka turut menyoal siasat kapten dan kru kapal layar mewah itu, atas permintaan pihak berkuasa AS yang sedang menyiasat dakwaan pengubahan wang dana dikaitkan dengan 1MDB.
Ogos lalu, DoJ meminta penangguhan saman sivilnya bagi merampas aset lebih AS$1.7 bilion yang didakwa dibeli dengan dana dicuri daripada 1MDB kerana sedang menjalankan siasatan jenayah ke atas 1MDB.
Antara aset dikehendaki ialah sebuah kapal layar mewah bernilai AS$250 juta yang dibeli pembiaya Malaysia, Jho Low yang dinamakan sebagai orang penting dalam saman AS itu.
Menurut saman itu, Jho Low menggunakan wang diseleweng daripada 1MDB untuk membeli Equanimity, kapal layar sepanjang 91m yang didaftarkan di Kepulauan Cayman.
Salleh berkata, DoJ juga belum membuktikan mana-mana dakwaan itu di mahkamah.
“Pakatan Harapan (PH) yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad dan didominasi DAP itu menggunakan berita palsu sebagai senjata politik utama mereka untuk meraih undi pada pilihan raya umum akan datang.”
Beliau mendakwa Pengerusi PPBM dan PH, Dr Mahathir memulakan “serangan berita palsu” terhadap 1MDB dengan menyatakan jumlah salah, iaitu RM42 bilion sudah hilang.
“Dalam keadaan terdesak, sedih melihat Dr Mahathir dan pembangkang kini mengitar semula dakwaan tidak terbukti tanpa berfikir dan menyebarkan berita palsu secara tidak bertanggungjawab.”
Bendahari agung Umno itu berkata, pembangkang juga gagal mendedahkan sumber dana yang didakwa dalam saman DoJ itu berasal daripada Aabar BVI serta mendakwa urus niaga dengan Low berdasarkan saman itu.
“1MDB berulang kali menjelaskan ia mempunyai urus niaga dengan Aabar BVI, tetapi tidak mempunyai sebarang urus niaga dengan Jho Low dan lebih penting ialah 1MDB bukan pihak kepada saman DoJ.”
1MDB sedang disiasat di sekurang-kurangnya 6 negara, termasuk AS, Switzerland dan Singapura atas dakwaan pengubahan wang.
Sebanyak AS$4.5 bilion (RM17.6 bilion) diseleweng daripada 1MDB oleh pegawai berpangkat tinggi dana itu dan sekutu mereka, menurut saman sivil difailkan DoJ sejak 2 tahun lalu. #sumber
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Salleh: 'Pembangkang' Manipulasi Berita Sita Kapal Layar Untuk Raih Undi
Sekianlah artikel Salleh: 'Pembangkang' Manipulasi Berita Sita Kapal Layar Untuk Raih Undi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Salleh: 'Pembangkang' Manipulasi Berita Sita Kapal Layar Untuk Raih Undi dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/03/salleh-pembangkang-manipulasi-berita.html