Rokok Seludup Bernilai RM694,000 Di Rampas "Pasukan Polis Marin" Kuantan

Rokok Seludup Bernilai RM694,000 Di Rampas "Pasukan Polis Marin" Kuantan - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rokok Seludup Bernilai RM694,000 Di Rampas "Pasukan Polis Marin" Kuantan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rokok Seludup Bernilai RM694,000 Di Rampas "Pasukan Polis Marin" Kuantan
link : Rokok Seludup Bernilai RM694,000 Di Rampas "Pasukan Polis Marin" Kuantan

Baca juga


Rokok Seludup Bernilai RM694,000 Di Rampas "Pasukan Polis Marin" Kuantan


KUANTAN: Sebanyak 5,860 karton rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM694,000 dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) dalam serbuan di Kilome­ter 250, dekat susur keluar Plaza Tol Jabor, Terengganu, petang semalam.

Ketua Bahagian Operasi PPM Wilayah Tiga, Deputi Superintenden Mohd. Razlin Abd. Manaf berkata, rokok seludup jenama U2 itu ditemukan dalam sebuah lori dipandu seorang lelaki ber­usia 61 tahun dari Perkampungan Seri Setali, di sini.

Katanya, serbuan kira-kira pu­kul 3.30 petang itu dilakukan sepasukan anggota diketuai pegawai serbuan Asisten Supe­rintenden Rizalman Zulkifli yang melakukan risikan selama dua minggu selepas mendapat maklumat orang awam.

“Rokok seludup berkenaan di­percayai dibawa dari Kelantan untuk dipasarkan di negeri ini serta Terengganu dan ia adalah kali pertama suspek ditahan. Kita sedang mengesan majikannya untuk siasatan lanjut.

“Lori berkenaan yang dianggarkan bernilai RM150,000 turut dirampas yang menjadikan jumlah keseluruhan rampasan pada operasi berkenaan adalah RM844,000,” katanya dalam sidang di Markas PPM Wilayah Tiga di sini malam semalam.

Mohd. Razlin berkata, kes yang disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967 itu akan dirujuk kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk tindakan lanjut.

“PPM akan meneruskan operasi untuk membanteras kegiatan penyeludupan rokok seludup dan memohon kerjasama daripada orang ramai,” katanya. #sumber



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Rokok Seludup Bernilai RM694,000 Di Rampas "Pasukan Polis Marin" Kuantan

Sekianlah artikel Rokok Seludup Bernilai RM694,000 Di Rampas "Pasukan Polis Marin" Kuantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rokok Seludup Bernilai RM694,000 Di Rampas "Pasukan Polis Marin" Kuantan dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/02/rokok-seludup-bernilai-rm694000-di.html

Subscribe to receive free email updates: