Judul : Rogol Dan Liwat, Lelaki Di Penjara 28 Tahun Termasuk "18 Sebatan" !
link : Rogol Dan Liwat, Lelaki Di Penjara 28 Tahun Termasuk "18 Sebatan" !
Rogol Dan Liwat, Lelaki Di Penjara 28 Tahun Termasuk "18 Sebatan" !
Hakim Mahkamah Sesyen Datin M.Kunasundary menjatuhkan hukuman itu ke atas Ahmad Faizal Ab Razab, 34, yang membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan.
Tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 14 tahun 11 bulan di pusat pelancongan itu di Raub sebanyak dua kali iaitu antara 12.30 malam hingga 1 pagi, 8 Disember lalu dan antara 11.30 malam, 9 Disember hingga 8 pagi 10 Disember lalu mengikut Seksyen 376 (2)(d) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Tertuduh juga didakwa meliwat mangsa antara 1 pagi hingga 8 pagi, 9 Disember lalu di lokasi sama mengikut Seksyen 377C kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, mangsa yang menetap di Cyberjaya datang ke pusat pelancongan itu untuk berkelah bersama-sama keluarganya selama lima hari, telah ditarik ke pondok dan bilik persalinan pakaian oleh tertuduh.
Perbuatan tertuduh hanya terbongkar selepas mangsa membuka mulut sebulan selepas kejadian apabila didesak oleh ibu bapanya yang menyedari perubahan ke atas dirinya selepas pulang daripada berkelah.
Terdahulu, tertuduh yang menundukkan muka sepanjang prosiding berlangsung memohon mahkamah meringankan hukuman atas alasan dia kesal dengan perbuatannya itu serta perlu menanggung isteri yang tidak bekerja dan empat anak serta membantu seorang adik yang menuntut di universiti awam.
Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Salwa Asmary Abdul Rahim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana perbuatan tertuduh menyebabkan mangsa trauma kerana percutian keluarga menjadi titik hitam kepadanya.
Hakim Kunasundary semasa menjatuhkan hukuman berkata, mahkamah perlu mengutamakan hak mangsa dan kepentingan awam berbanding hak tertuduh walaupun pengakuan salah dibuat pada kali pertama tertuduh dihadapkan ke mahkamah.
"Jika tertuduh ingat akan isteri dan anak-anak sudah tentu tertuduh akan beringat dan mengawal nafsu serakahnya daripada melakukan perbuatan ini," katanya. #sumber
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Rogol Dan Liwat, Lelaki Di Penjara 28 Tahun Termasuk "18 Sebatan" !
Sekianlah artikel Rogol Dan Liwat, Lelaki Di Penjara 28 Tahun Termasuk "18 Sebatan" ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rogol Dan Liwat, Lelaki Di Penjara 28 Tahun Termasuk "18 Sebatan" ! dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/02/rogol-dan-liwat-lelaki-di-penjara-28.html