PKR Letak Calon Wanita Di Kerusi Parlimen 'Kuantan Dan Rompin' !

PKR Letak Calon Wanita Di Kerusi Parlimen 'Kuantan Dan Rompin' ! - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PKR Letak Calon Wanita Di Kerusi Parlimen 'Kuantan Dan Rompin' !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PKR Letak Calon Wanita Di Kerusi Parlimen 'Kuantan Dan Rompin' !
link : PKR Letak Calon Wanita Di Kerusi Parlimen 'Kuantan Dan Rompin' !

Baca juga


PKR Letak Calon Wanita Di Kerusi Parlimen 'Kuantan Dan Rompin' !


KUANTAN: PKR meletakkan dua calon wanita di dua daripada empat kerusi Parlimen yang diperuntukkan kepada parti itu di Pahang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pengerusinya Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata dua kerusi Parlimen itu ialah Kuantan yang akan terus dipertahankan oleh Fuziah Salleh dan seorang muka baharu bagi kerusi Parlimen Rompin.

"Calon wanita di Rompin adalah golongan profesional dan anak peneroka. Pemilihannya atas pertimbangan kawasan itu yang mempunyai ramai peneroka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran Wanita Pakatan Harapan Pahang baru-baru ini.

Fauzi berkata dua lagi kerusi Parlimen yang diperuntukkan kepada PKR ialah Bera dan Indera Mahkota (IM), yang mana beliau tidak menolak kemungkinan akan bertanding sama ada mempertahankan kerusi IM atau berpindah ke kawasan baharu.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Pahang berkata kerusi Parlimen Temerloh diberikan kepada Parti Amanah Negara (PAN), atas permintaan parti berkenaan.

"Buat masa ini, strategi Pakatan Harapan ialah meletakkan calon daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di kawasan Parlimen yang menjadi kubu kuat UMNO kerana mereka sudah tahu selok belok permainan politik lawan," katanya.

Ditanya mengenai pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Fauzi berkata perkara itu masih belum dimuktamadkan kerana menunggu keputusan daripada pimpinan pusat, walaupun nama calon berkelayakan sudah diserahkan.

Katanya senarai calon yang dikemukakan terdiri daripada anggota DUN sedia ada yang berkemungkinan bertanding di kerusi baharu dan calon baharu yang merupakan anak muda.

"Kita mahu mengajar politik baharu di mana pemilihan bukan berdasarkan faktor usia, tapi atas merit dan kemampuan seseorang calon menjalankan tanggungjawab.

"Jika berlaku pertembungan tiga penjuru pada pilihan raya, kita tahu kita sudah menyediakan calon yang berkebolehan untuk penilaian masyarakat," katanya. #sumber


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel PKR Letak Calon Wanita Di Kerusi Parlimen 'Kuantan Dan Rompin' !

Sekianlah artikel PKR Letak Calon Wanita Di Kerusi Parlimen 'Kuantan Dan Rompin' ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PKR Letak Calon Wanita Di Kerusi Parlimen 'Kuantan Dan Rompin' ! dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/02/pkr-letak-calon-wanita-di-kerusi.html

Subscribe to receive free email updates: