MCA Kecewa "Gambar" Pemimpin Pada "Papan Tanda" Kena Simbah Cat Di Bentong

MCA Kecewa "Gambar" Pemimpin Pada "Papan Tanda" Kena Simbah Cat Di Bentong - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MCA Kecewa "Gambar" Pemimpin Pada "Papan Tanda" Kena Simbah Cat Di Bentong, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MCA Kecewa "Gambar" Pemimpin Pada "Papan Tanda" Kena Simbah Cat Di Bentong
link : MCA Kecewa "Gambar" Pemimpin Pada "Papan Tanda" Kena Simbah Cat Di Bentong

Baca juga


MCA Kecewa "Gambar" Pemimpin Pada "Papan Tanda" Kena Simbah Cat Di Bentong


BENTONG: MCA kecewa dengan tindakan biadab pihak tidak bertanggungjawab menyimbah cat pada wajah pemimpin di sebuah papan tanda di Bukit Dinding, dekat sini.

Simbahan cat merah itu juga disifatkan mencacatkan persekitaran.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai kesal dengan tindakan menyimbah cat pada gambar mukanya sempena ucapan Tahun Baru Cina dan menganggapnya sebagai vandalisme terhadap kemudahan awam.

Bagaimanapun, beliau tidak mahu menuduh pihak tertentu sebaliknya meminta mereka yang terbabit menghentikan perbuatan berkenaan.

“Inilah kelakuan orang yang tidak bertanggungjawab dan boleh merosakkan masyarakat. Ini adalah musim perayaan…. biasalah, Ahli Parlimen memberi ucapan selamat tahun baharu untuk kita mewujudkan keharmonian dan kebahagiaan. Kita dapat memberikan positif energy kepada masyarakat.

“Tetapi kalau selalu negatif energy biasalah dia nak rosakkan benda ini. Kita kesal kerana perkara ini berlaku dan laporan polis telah dibuat. Kita minta pihak polis carilah siapa yang buat ini dan berharap tindakan segera akan dapat diambil,”katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Tiong Lai berkata, perbuatan seperti ini adalah biadab dan tidak seharusnya dijadikan contoh oleh rakyat negara ini.

Justeru, beliau berharap kerjasama semua pihak untuk menjaga harta awam.

Dalam pada itu, sempena Tahun Baharu Cina, Tiong Lai yang juga Menteri Pengangkutan berharap semua pengguna lebuh raya dapat memahui Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan pemegang konsesi lebuh raya untuk melancarkan aliran trafik.

Menurutnya, agensi kerajaan di bawah kementeriannya dengan kerjasama PDRM akan melakukan pemantauan khususnya di lebuh raya yang sering berlaku kesesakan.

“Kita dah letak ramai pegawai JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan)  dan polis untuk membantu kita supaya masyarakat mematuhi undang-undang selain dapat kurangkan kemalangann jalan raya. Kita juga telah minta polis memantau di semua lebuh raya supaya mudah kita tahu di mana kesesakan lalu lintas.

“Kita harap syarikat konsesi juga akan ambil apa juga tindakan yang dapat melancarkan aliran trafik seperti membuka aliran kontra. Kita memberi kebebasan kepada mereka kerana apa yang penting kita mahu pengguna selesa dan selamat sampai ke destinasi mereka," katanya. #sumber


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel MCA Kecewa "Gambar" Pemimpin Pada "Papan Tanda" Kena Simbah Cat Di Bentong

Sekianlah artikel MCA Kecewa "Gambar" Pemimpin Pada "Papan Tanda" Kena Simbah Cat Di Bentong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MCA Kecewa "Gambar" Pemimpin Pada "Papan Tanda" Kena Simbah Cat Di Bentong dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/02/mca-kecewa-gambar-pemimpin-pada-papan.html

Subscribe to receive free email updates: