Judul : Ketua Pemuda UMNO Paya Besar Anggap Hilang Bapa, Guru Dalam Politik
link : Ketua Pemuda UMNO Paya Besar Anggap Hilang Bapa, Guru Dalam Politik
Ketua Pemuda UMNO Paya Besar Anggap Hilang Bapa, Guru Dalam Politik
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah (foto), pemergian allahyarham Abdul Manan ibarat kehilangan bapa dan guru dalam politik.
Menurutnya, arwah adalah individu yang bertanggungjawab membawanya ke dalam dunia politik pada 2013 selepas melihat kesungguhannya membuat perubahan dalam kawasan Paya Besar.
“Arwah adalah individu yang banyak memberi sokongan selain mengajar dan membimbing saya dalam dunia politik sehinggalah saya menjadi Ketua Pemuda UMNO Pahang.
“Malah banyak peluang diberikan kepada anak muda untuk terlibat dalam kepimpinan bahagian selain tidak lokek memberi peruntukkan untuk pelaksanaan program di kawasan,” katanya ketika dihubungi.
Mohd Shahar berkata, dia cukup terkesan dengan pemergian arwah dan menganggap pemimpin berjiwa rakyat itu sukar ditukar ganti.
Katanya, kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian khususnya akan meneruskan hasrat arwah yang mahu melihat perubahan di kawasan Paya Besar.
Sementara itu, bagi Ketua Penerangan Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Pahang, Mohd Asrullah Affendi Abdullah menyifatkan pemergiannya arwah amat dirasai warga Felda.
Katanya, arwah banyak membantu belia felda di Paya Besar dan sentiasa menyokong program yang dilaksanakan.
“Arwah bukan sahaja mengambil berat kebajikan warga Felda tetapi secara keseluruhannya di kawasan Paya Besar,”katanya.
Allahyarham yang juga Ketua UMNO Bahagian Paya Besar dan menyandang jawatan sebagai Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) selain memegang jawatan Pengerusi Yayasan Felda.
Sebelum bertanding di kerusi Parlimen, Allahyarham merupakan ADUNPanching.
Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dari 1986 hingga 2004.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Seri Rohizah Ahmad , enam anak dan 12 cucu. #sumber
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Ketua Pemuda UMNO Paya Besar Anggap Hilang Bapa, Guru Dalam Politik
Sekianlah artikel Ketua Pemuda UMNO Paya Besar Anggap Hilang Bapa, Guru Dalam Politik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ketua Pemuda UMNO Paya Besar Anggap Hilang Bapa, Guru Dalam Politik dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/02/ketua-pemuda-umno-paya-besar-anggap.html