Dr M Ragu Kelayakan Raus Kerana "Bersetuju" Najib Bukan Penjawat Awam

Dr M Ragu Kelayakan Raus Kerana "Bersetuju" Najib Bukan Penjawat Awam - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dr M Ragu Kelayakan Raus Kerana "Bersetuju" Najib Bukan Penjawat Awam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dr M Ragu Kelayakan Raus Kerana "Bersetuju" Najib Bukan Penjawat Awam
link : Dr M Ragu Kelayakan Raus Kerana "Bersetuju" Najib Bukan Penjawat Awam

Baca juga


Dr M Ragu Kelayakan Raus Kerana "Bersetuju" Najib Bukan Penjawat Awam


KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir meragui kelayakan Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif kerana bersetuju Datuk Seri Najib Razak bukan seorang penjawat awam walaupun seorang ketua kerajaan.

“Saya mempunyai keraguan mengenai kelayakannya berkenaan keputusannya pada hari ini. Pada saya, dia tidak seharusnya mendengar kes ini,” katanya sewaktu ditemui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan hari ini membuang permohonan Dr Mahathir dan bekas ahli PPBM Datuk Khairuddin Abu Hassan dan Anina Saadudin, memohon kebenaran untuk merayu keputusan mahkamah iaitu Najib bukan seorang penjawat awam.

Keputusan Mahkamah Tinggi pada April tahun lepas menyebabkan Najib tidak boleh disaman kerana dakwaan misfeasans. Mahkamah Rayuan pada Ogos membuang rayuan kerana tiada merit.

Raus berkata panel mendapati ada persoalan perlembagaan dan undang-undang untuk diputuskan dalam kes ini tetapi mereka bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi.

“Saya tidak faham…dia pegawai awam. Jika tidak, dia tidak akan berada di mana dia berada pada hari ini. Setiap keputusan yang dilakukannya melibatkan kerajaan dan masyarakat. Sudah tentu saya sedih dengan keputusan ini,” kata Dr Mahathir.

Sebelum ini, bekas perdana menteri itu memfailkan semakan kehakiman untuk membatalkan pelantikan Raus dan menghalangnya menjalankan tugas kehakiman dan pentadbirannya.

Namun, ia ditolak Mahkamah Tinggi.

Dr Mahathir, Khairuddin dan Anina memfailkan saman RM2.6 bilion di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Mac tahun lepas dan menamakan Najib sebagai defendan tunggal.

Mereka mahu menuntut Najib membayar semula RM2.6 bilion, yang disalurkan ke akaunnya, dan tambahan RM42 juta yang dikatakan daripada dana bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd. #sumber


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Dr M Ragu Kelayakan Raus Kerana "Bersetuju" Najib Bukan Penjawat Awam

Sekianlah artikel Dr M Ragu Kelayakan Raus Kerana "Bersetuju" Najib Bukan Penjawat Awam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dr M Ragu Kelayakan Raus Kerana "Bersetuju" Najib Bukan Penjawat Awam dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/02/dr-m-ragu-kelayakan-raus-kerana.html

Subscribe to receive free email updates: