BN "Sedia Bermuafakat" Untuk Rampas Semula Kerusi Parlimen Kuantan

BN "Sedia Bermuafakat" Untuk Rampas Semula Kerusi Parlimen Kuantan - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BN "Sedia Bermuafakat" Untuk Rampas Semula Kerusi Parlimen Kuantan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BN "Sedia Bermuafakat" Untuk Rampas Semula Kerusi Parlimen Kuantan
link : BN "Sedia Bermuafakat" Untuk Rampas Semula Kerusi Parlimen Kuantan

Baca juga


BN "Sedia Bermuafakat" Untuk Rampas Semula Kerusi Parlimen Kuantan


KUANTAN: Sebelum ini, kerusi Parlimen Kuantan merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) namun akibat tsunami politik pada 2008, kerusi itu jatuh ke tangan pembangkang.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12), calon PKR, Fuziah Salleh menewaskan calon BN daripada MCA, Datuk Fu Ah Kiow dengan majoriti 1,826 undi.

Kekalahan calon MCA bagi kerusi yang secara tradisinya milik BN itu bukan disebabkan parti lemah, tetapi lebih kepada undi protes penduduk berikutan pelbagai isu dalaman ketika itu.

Sebelum ini, Parlimen Kuantan diwakili calon UMNO sebelum kerusi tersebut diserahkan kepada MCA pada Pilihan Raya Umum 2004.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, UMNO kembali bertanding di kerusi berkenaan menerusi calonnya, Datuk Sufian Awang namun masih gagal merampas Parlimen Kuantan yang sekali lagi dimenangi Fuziah.

Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), desas-desus mengenai calon BN yang akan mewakili parti itu terus diperkatakan dan MCA menerusi Pengerusi negerinya, Datuk Hoh Khai Mun dilaporkan berharap Parlimen Kuantan dikembalikan kepada parti komponen berkenaan.

Jika kerusi Parlimen Kuantan dikembalikan kepada MCA pada PRU-14, nama Pegawai Khas Menteri Pengangkutan, Datuk Andrew Wong Kean Hwee dikatakan berada dalam senarai teratas untuk diserah dan dinilai sebagai calon bertanding di situ.

Bagaimanapun, Khai Mun turut memaklumkan, MCA sedia memberi kerjasama terhadap mana-mana parti komponen dalam BN yang bertanding di Parlimen Kuantan.

Itulah yang sebenarnya diperlukan BN iaitu permuafakatan demi memastikan parti berkenaan dapat merampas kembali kerusi berkenaan.

Mengulas tentang perkara itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Datuk Seri Abdul Hamid Nazahar mengingatkan supaya  lupakan soal kuota kerana apa  lebih penting adalah parti dan calon yang boleh menang di Parlimen Kuantan bagi mewakili BN pada PRU-14.

Beliau berkata, dalam soal penentuan calon, BN termasuk di Kuantan sememangnya mempunyai semangat setiakawan yang tinggi.

"Pada 2004, Ah Kiow diletakkan sebagai calon Parlimen Indera Mahkota tetapi mendapat tentangan hebat dari UMNO Bahagian Indera Mahkota. Maka UMNO Kuantan memberi laluan dengan syarat Ketua UMNO Bahagian Kuantan diletakkan calon di Parlimen Indera Mahkota.

"Sebenarnya, UMNO Kuantan yang lebih awal meminjamkan kerusi itu kepada MCA. Apapun kita yakin bahawa pemilihan tetap berasaskan kepada parti dan calon boleh menang.

"Saya berharap semua pihak berlapang dada dalam membuat dan menerima keputusan," katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Bagaimanapun, Abdul Hamid menegaskan, keputusan ditentukan oleh pucuk kepemimpinan BN dan semua pihak termasuk UMNO Bahagian Kuantan serta parti komponen perlu menerima serta membantu calon yang dipilih.

"Baru-baru ini, mesyuarat jawatankuasa BN Parlimen Kuantan dihadiri semua parti komponen tidak membincangkan soal calon kerana ia hak pucuk kepemimpinan BN di peringkat Pusat," ujarnya.

BN perlu membuktikan bahawa parti tersebut benar-benar ikhlas membela nasib rakyat pelbagai kaum di kawasan itu serta menunaikan segala janji yang dibuat.

Pada masa sama, pengundi nilailah sendiri apakah PKR menunaikan janji kempen pilihan raya mereka sejak menduduki  Parlimen Kuantan pada 2008?. #sumber



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel BN "Sedia Bermuafakat" Untuk Rampas Semula Kerusi Parlimen Kuantan

Sekianlah artikel BN "Sedia Bermuafakat" Untuk Rampas Semula Kerusi Parlimen Kuantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BN "Sedia Bermuafakat" Untuk Rampas Semula Kerusi Parlimen Kuantan dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/02/bn-sedia-bermuafakat-untuk-rampas.html

Subscribe to receive free email updates: