Judul : Ajinomoto ambil alih tanah Tabung Haji
link : Ajinomoto ambil alih tanah Tabung Haji
Ajinomoto ambil alih tanah Tabung Haji
Ajinomoto (M) Bhd merancang mengambil alih tanah seluas 88.604 hektar di Techpark@Enstek, Bandar Baru Enstek, Negeri Sembilan, daripada Lembaga Tabung Haji dan THP Enstek Development Sdn Bhd dengan bayaran sebanyak RM86.07 juta.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Ajinomoto berkata pengambilalihan itu selari dengan rancangan jangka panjangnya untuk meluaskan operasi dan membesarkan kemudahan perkilangannya supaya selari dengan permintaan yang semakin meningkat ke atas keluaran produk syarikat.
“Kami merancang membangunkan kemudahan perkilangan yang baharu di kawasan itu yang dijangkakan dapat mengukuhkan kecekapan syarikat dalam menyediakan produk berkualiti kepada pelanggan.
“Pada masa ini, masih terlalu awal untuk menentukan jumlah kos pembangunan atau bila operasi akan bermula. Kos pembangunan akan dibiayai menerusi dana dalaman dan pinjaman bank, jika diperlukan,” kata syarikat itu.
Tabung Haji melantik THP Enstek Development Sdn Bhd sebagai peguam untuk jualan tanah itu.
- Bernama
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Ajinomoto ambil alih tanah Tabung Haji
Sekianlah artikel Ajinomoto ambil alih tanah Tabung Haji kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ajinomoto ambil alih tanah Tabung Haji dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/02/ajinomoto-ambil-alih-tanah-tabung-haji.html