Tengku Abdullah murka tindakan Mahfuz hina Sultan Pahang

Tengku Abdullah murka tindakan Mahfuz hina Sultan Pahang - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tengku Abdullah murka tindakan Mahfuz hina Sultan Pahang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tengku Abdullah murka tindakan Mahfuz hina Sultan Pahang
link : Tengku Abdullah murka tindakan Mahfuz hina Sultan Pahang

Baca juga


Tengku Abdullah murka tindakan Mahfuz hina Sultan Pahang

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUANTAN: Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah murka dan tersinggung dengan tindakan pihak yang menghina dan menularkan rakaman video ayahanda baginda di media sosial.

Baginda turut menyifatkan tindakan Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang didakwa menghina dan memperlekehkan Sultan Pahang dalam ceramah politiknya sebagai melanggar tatatertib, lapor Bernama.

“Saya tidak hendak bercakap banyak tetapi kalau kita dengar dan lihat percakapannya sudah melanggar tatatertib bagi seorang yang muda sedikit daripada ayahanda saya.

“Sebagai orang Melayu, kita diasuh untuk menghormati orang yang lebih tua, tambah-tambah lagi orang ini adalah seorang Raja… jadi janganlah tidak bertempat,” titah baginda kepada pemberita selepas melawat mangsa kebakaran di Perkampungan Sungai Isap 2 di sini hari ini.

Tengku Abdullah seterusnya menyentuh penularan rakaman video Sultan Ahmad Shah di kamar beradu yang didakwa dirakamkan pada ulang tahun keputeraan baginda, sehingga menjadi tontonan umum.

Titah baginda yang lebih membuatkan baginda tersinggung ialah perbuatan itu dilakukan oleh mereka yang dipercayai dari dalam Istana sendiri menyebabkan baginda mahu tindakan diambil terhadap individu tersebut.

“Saya tidak mahu bercakap banyak mengenainya (Mahfuz dan penularan video). Saya percaya kertas siasatan sudah dibuka kerana banyak laporan polis dibuat oleh badan bukan kerajaan (NGO). Saya serahkan kepada pihak berkuasa,” titah baginda.

Tengku Abdullah juga menzahirkan rasa dukacita terhadap segelintir individu termasuk golongan artis yang dianugerahkan dengan darjah kebesaran Pahang dan terlibat dengan perbuatan tidak sepatutnya.

Titah baginda, semua penerima gelaran Datuk Seri’ dan ‘Datuk dari Pahang sepatutnya sudah maklum akan syarat serta etika yang harus dipatuhi dalam pemakaian gelaran itu.

Jika berlaku perlanggaran etika pemakaian darjah kebesaran itu, Tengku Abdullah menggesa supaya jawatankuasa yang berkenaan dapat mengambil tindakan sewajarnya.

“Saya tidak mahu cakap terlebih… kalau ikut hati, hendak tarik semua tapi kena ikut prosedur. Kalau (mereka) sudah sedar dan pulangkan sendiri (darjah kebesaran) itu lebih bersopan.

“Kita bukan hendak menghukum mana-mana pihak tetapi mereka sendiri tersilap langkah,” titah baginda.



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Tengku Abdullah murka tindakan Mahfuz hina Sultan Pahang

Sekianlah artikel Tengku Abdullah murka tindakan Mahfuz hina Sultan Pahang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tengku Abdullah murka tindakan Mahfuz hina Sultan Pahang dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/01/tengku-abdullah-murka-tindakan-mahfuz.html

Subscribe to receive free email updates: