Nizam: Konvensyen Pakatan Harapan Pahang Pada 27 Januari Ini

Nizam: Konvensyen Pakatan Harapan Pahang Pada 27 Januari Ini - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nizam: Konvensyen Pakatan Harapan Pahang Pada 27 Januari Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nizam: Konvensyen Pakatan Harapan Pahang Pada 27 Januari Ini
link : Nizam: Konvensyen Pakatan Harapan Pahang Pada 27 Januari Ini

Baca juga


Nizam: Konvensyen Pakatan Harapan Pahang Pada 27 Januari Ini


KUANTAN: Pakatan Harapan Pahang akan mengadakan konvensyennya pada 27 Januari ini, bagi memperkuatkan dan memantapkan kesatuan gabungan parti itu.

Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri, Ahmad Nizam Hamid berkata, ia juga diadakan bagi merangka gerak kerja dengan misi untuk 'menurunkan' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan menumbangkan Umno serta BN pada PRU 14.

Menurutnya, gagasan Pakatan Harapan masih berteraskan reformasi dan sudah pasti pihaknya berusaha untuk menawan parti Umno dan BN.

"Atas alasan itu kita anjurkan konvensyen dan ia pasti diisi dengan perbahasan rakyat dengan pelbagai perbincangan dasar, perbahasan pemimpin serta polisi.

"Pihak sekretariat konvensyen ini sudah menerima pengesahan kehadiran daripada beberapa pemimpin Pakatan Harapan iaitu, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Sallehuddin Ayub (Parti Amanah).

"Buat masa ini, pihak kita masih menunggu pengesahan daripada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed untuk hadir sama pada konvensyen tersebut atau sebaliknya ," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media di Pejabat Adun Semambu di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR negeri, Kamarzaman Mohamed Yunus.

Konvensyen itu akan diadakan di Restoran Mun Ching, Jalan Air Putih, di sini pada jam 8.30 pagi hingga 4 petang.

Dalam pada itu, Ahmad Nizam berkata, konvensyen akan dihadiri 600 orang anggota daripada keempat-empat parti Pakatan Harapan iaitu PKR, DAP, Parti Bersatu dan Amanah,

Jelasnya, selain anggota parti, rakyat di negeri ini boleh turut serta dalam konvensyen tersebut bagi menyokong usahanya Pakatan harapan untuk merealisasikan mimpi memartabatkan kuasa rakyat. #sumber


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Nizam: Konvensyen Pakatan Harapan Pahang Pada 27 Januari Ini

Sekianlah artikel Nizam: Konvensyen Pakatan Harapan Pahang Pada 27 Januari Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nizam: Konvensyen Pakatan Harapan Pahang Pada 27 Januari Ini dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/01/nizam-konvensyen-pakatan-harapan-pahang.html

Subscribe to receive free email updates: