Masih ada kerusi DUN, kata Salahuddin kepada ahli

Masih ada kerusi DUN, kata Salahuddin kepada ahli - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Masih ada kerusi DUN, kata Salahuddin kepada ahli, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Masih ada kerusi DUN, kata Salahuddin kepada ahli
link : Masih ada kerusi DUN, kata Salahuddin kepada ahli

Baca juga


Masih ada kerusi DUN, kata Salahuddin kepada ahli

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Amanah membayangkan bahawa parti itu mempunyai 'cara lain' dalam menangani ketidakpuasan hati ahli dan akar umbinya bersabit pembahagian kerusi yang diperoleh paling rendah dalam Pakatan Harapan (PH).
 
Timbalan Presidennya Salahuddin Ayub percaya, pembahagian kerusi di peringkat DUN yang sedang berlangsung kini akan menjadi 'pengubat' kepada 'kelukaan' tersebut.
 
"Bagi yang tiada kerusi DUN seperti Wilayah Persekutuan, maka ketidakpuasan hati ini akan ditangani dengan cara lain.
 
"Saya percaya bahawa rundingan kerusi Pakatan Harapan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) sama ada yang telah dan sedang berlangsung dapat membantu menyelesaikan rasa tidak puas hati berhubung jumlah kerusi di peringkat Parlimen bagi semua parti dalam Pakatan Harapan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
 
Beliau berkata demikian mengulas luahan rasa kecewa Amanah Wilayah Persekutuan semalam yang berduka dengan pembahagian kerusi Parlimen PH bagi Semenanjung.
 
Pada Konvensyen PH kelmarin, Amanah diberi 27 kerusi parlimen, paling sedikit berbanding tiga parti komponen lain.
 
PPBM mendapat 52 kerusi, PKR (51 kerusi) dan DAP (35 kerusi), sekaligus menyebabkan Amanah peringkat Bahagian menyifatkannya sebagai “hari duka”.
 
Tambah Salahuddin lagi, sebarang rasa tidak puas hati terhadap hasil pembahagian kerusi akan dibawa kepada peringkat tertinggi parti itu.
 
"Hasil pembahagian kerusi serta pengumuman calon Presiden Pakatan Harapan akan dibawa kepada peringkat tertinggi Pakatan Harapan supaya ditangani dengan sebaiknya (agar) dapat diterima oleh seluruh ahli dan di setiap peringkat semua anggota parti," kata beliau.
 
 


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Masih ada kerusi DUN, kata Salahuddin kepada ahli

Sekianlah artikel Masih ada kerusi DUN, kata Salahuddin kepada ahli kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Masih ada kerusi DUN, kata Salahuddin kepada ahli dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/01/masih-ada-kerusi-dun-kata-salahuddin.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :