Judul : Tawaran Tidak Masuk Akal Dari 11street Dalam Gila-Gila Raya
link : Tawaran Tidak Masuk Akal Dari 11street Dalam Gila-Gila Raya
Tawaran Tidak Masuk Akal Dari 11street Dalam Gila-Gila Raya
KUALA LUMPUR: 11street, pusat membeli belah dalam talian mengumumkan bersempena Ramadan dan menjelang sambutan Hari Raya lebih ramai pengguna di Malaysia dijangka memilih untuk membeli keperluan mereka secara dalam talian, termasuk produk seperti e-baucar dan barangan runcit.
"Pembeli di Malaysia berterusan melangkaui jangkaan kami. Semasa musim Ramadan dan Raya dari 2015 hingga 2016, jualan dalam talian kami secara keseluruhannya menyaksikan peningkatan lebih 2.5 kali ganda.
Bagi tempoh sepanjang Ramadan dan Raya pada tahun ini pula, 11street menjangkakan jualan dalam talian kami akan terus meningkat sehingga 50 peratus, jika dilihat kepada corak pembelian pelanggan yang semakin berkembang," kata Ketua Pegawai Eksekutif 11street, Hoseok Kim dalam satu kenyataan.
Sebagai persediaan untuk sambutan Hari Raya, pengguna di Malaysia dijangka terus memilih untuk membeli-belah secara dalam talian bagi barangan popular seperti elektronik, gajet untuk kediaman dan pakaian.
Kajian yang dijalankan 11street juga mendapati terdapat peningkatan ketara dalam pembelian e-baucar pada 2016 susulan lebih banyak pilihan ditawarkan dalam kategori tersebut.
MENANGANI KOS HIDUP YANG MENINGKAT
Selain itu, jumlah carian bagi e-baucar untuk makanan dan minuman melonjak sehingga 1.2 juta kali semasa musim Ramadan pada tahun tersebut.
"Tahun ini, kami jangkakan pelanggan akan membeli lebih banyak e-baucar terutamanya untuk bufet buka puasa. Ini kerana lebih banyak restoran dan premis makanan lima bintang kini memilih untuk menggunakan platform 11street bagi menawarkan sajian lazat mereka," kata Kim.
Menjelang musim cuti Hari Raya ini, 11street juga menjangkakan jumlah carian bagi perkhidmatan kenderaan dan barangan berkaitan keselamatan jalan raya akan meningkat beberapa kali ganda di Malaysia sebagai persediaan balik kampung.
Sejak mula menawarkan perkhidmatan platformnya pada 2015, 11street telah menyaksikan peningkatan sekurang-kurangnya tiga kali ganda bagi jumlah carian serta jualan dalam talian untuk kerusi kereta bayi dan pakej penyelenggaraan kereta.
Menurut pusat membeli-belah dalam talian itu, corak sikap pengguna ini didorong oleh harga barangan lebih rendah yang ditawarkan dalam talian bagi membantu menangani kos sara hidup yang semakin meningkat, serta faktor lain seperti kemudahan pembelian dalam talian dan kepelbagaian pilihan produk.
KEMPEN GILA-GILA RAYA BERMULA
Apa yang lebih menarik, pada 2016 terdapat sebahagian pengguna Malaysia dilihat membuat persediaan lebih sempena Hari Raya dengan membeli barangan yang tidak disangka-sangka - seperti komputer riba khas untuk permainan video dan jersi sukan.
"Memang sangat menyeronokkan untuk menetap di Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk kerana semua perayaan di sini diraikan secara bersama. 11street gembira untuk mengumumkan kempen terbaru kami - Gila-Gila Raya - yang dibanjiri dengan banyak tawaran sangat menarik dan diskaun luar biasa untuk setiap pembeli," tambah Kim.
Kempen yang sedang berlangsung ini bakal berakhir pada 23 Julai turut memperkenalkan laman promosi serba baharu dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia bagi memudahkan lagi pengguna Malaysia untuk membeli-belah bagi keperluan mereka sempena Ramadan dan Hari Raya.
Kempen Gila-Gila Raya ini akan dijalankan secara habis-habisan melalui tawaran sangat menarik bagi barangan popular, jenama utama dan pakaian siap pakai oleh pereka terkenal mula pada harga RM1.
Sepanjang tempoh kempen itu, pengguna juga boleh menikmati pulangan tunai sehingga 22 peratus untuk setiap pembelian menggunakan kad kredit bagi semua jenis barangan selain ditawarkan penghantaran segera serta percuma bagi barangan tertentu.
Selain itu, kemuncak kempen Gila-Gila Raya anjuran 11street ini adalah perkongsian yang dijalin dengan pereka selebriti terkenal seperti Remy Ishak, Amar Amran, MariBeli Butik; serta jenama pengguna dan gaya hidup seperti F&N, JOCOM, L´Oreal, MamyPoko, Nestle dan Unilever untuk menawarkan lebih banyak tawaran Ramadan dan Hari Raya.
"Kami yakin rakyat Malaysia akan terus memilih 11street dalam persediaan mereka untuk Hari Raya. Justeru kami sentiasa peka dengan corak pembelian pelanggan kami supaya 11street dapat menawarkan promosi lebih baik yang menepati keperluan mereka.
Apa yang penting adalah kami ingin menjadikan setiap pengalaman membeli-belah dengan 11street sebagai sesuatu yang menggembirakan, pada setiap sama, " kata Kim.
Maklumat lanjut mengenai kempen Gila-Gila Raya di 11street boleh diperolehi di http://bit.ly/2r2ouLc.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2smJmBt
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Tawaran Tidak Masuk Akal Dari 11street Dalam Gila-Gila Raya
Sekianlah artikel Tawaran Tidak Masuk Akal Dari 11street Dalam Gila-Gila Raya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tawaran Tidak Masuk Akal Dari 11street Dalam Gila-Gila Raya dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/tawaran-tidak-masuk-akal-dari-11street.html