Laporan: Pengedar Proton tertekan, perlu bergabung atau tutup

Laporan: Pengedar Proton tertekan, perlu bergabung atau tutup - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Laporan: Pengedar Proton tertekan, perlu bergabung atau tutup, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Laporan: Pengedar Proton tertekan, perlu bergabung atau tutup
link : Laporan: Pengedar Proton tertekan, perlu bergabung atau tutup

Baca juga


Laporan: Pengedar Proton tertekan, perlu bergabung atau tutup

 
Proton Holdings mahu pusat pengedaran dan servis sehenti menambahbaik pengalaman pembelian, tetapi beberapa pengedar kecil-kecilkan berdepan kesukaran. 


proton-holdings-berhad-dealers-1


KUALA LUMPUR: Baik pulih pengedaran Proton Holdings Bhd mungkin menyebabkan beberapa syarikat pengedar bergabung atau ditutup.

Buat permulaan, Proton meminta 280 pengedar dan pusat khidmat menaiktaraf premis mereka menjadi pusat pengedaran dan servis sehenti, lapor The Malaysian Reserve (TMR).

Beberapa rakan Proton yang hanya menjual kereta kini perlu bergabug dengan rakan-rakan yang hanya menawarkan servis.

Itu salah satu daripada banyak perubahan yang diperkenalkan ketua pegawai eksekutif Proton yang baharu, Li Chunrong, untuk pusat-pusat pengedaran dan servis. Perubahan itu mahu mengukuhkan jenama dan menambahbaik pengalaman pembelian.

Li diantik CEO Selepas Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd membeli 49.9% pegangan dalam Proton daripada DRB-Hicom Bhd tahun lalu. DRB-Hicom mengekalkan pegangan 50.1%.

Menurut TMR, perubahan yang Li laksanakan itu bermakna beberapa pusat pengedaran Proton yang tertua mungkin tidak akan dapat diterima.

Setakat ini hanya 4 pengedar yang menandatangani perjanjian naik taraf rangkaian pengedar baharu, menurut kenyataan oleh syarikat itu bulan lepas.

Empat pengedar itu sebahagian daripada 28 pengedar utama yang dibawa Proton untuk melawat outlet Geely di China tahun lepas.

TMR memetik salah satu daripada 4 pengedar itu, Pengarah Setia Gemilang Auto Sdn Bhd Andrew Quek, sebagai berkata: “Kami akan bina ruang pameran mewah yang boleh memuatkan 11 kereta pameran, 14 takal servis, 10 ruang mengecat kereta, 30 parkir kereta pelanggan dan ruang kawasan istirahat baharu.”

Outlet itu dijangka siap Jun tahun ini.

Bagaimanapun, TMR melaporkan pengedar-pengedar kecil, ada yang sudah lebih 20 tahun menjadi rakan Proton, berkata syarat baharu Proton itu terlalu sukar untuk mereka dan mohon bertolak ansur.

TMR memetik seorang pengedar tidak dinamakan sebagai berkata: “Difahamkan untuk kami melakayakkan diri sebagai pengedar tulen untuk mana-mana jenama, secara idealnya keperluan untuk sebuah outlet jualan, servis dan alat ganti (3S) perlu dipenuhi.

“Bagaimanapun, pusat sehenti 3 dalam 1 itu diluar jangkauan kami, terutamanya bagi mereka yang beroperasi di Johor, kawasan tengah dan Pulau Pinang, di mana sewa dan harga tanah sangat tinggi.”

Pengedar memberitahu TMR Proton harus bertolak ansur, termasuk membenarkan mereka menyediakan 3 bentuk perkhidmatan itu dalam satu kawasan kalau bukan sebumbung.

Untuk membina 33 outlet baharu, yang memerlukan kawasan seluas 18,000 meter persegi, pengedar memberitahu TMR belau perlu mengeluarkan belanja sehingga RM3 juta, tidak termasuk harga tanah.

Seorang pengedar berkata mereka sebelum ini diminta melakukan naik taraf dengan janji produk dan jualan yang lebih baik, tetapi janji-janji itu belum kelihatan.

“Sekarang, mereka mahu kami membelanjakan wang kerana menjangkakan model baharu, Boyue,” katanya lapor TMR.

Menurut laporan itu, jualan Proton turun kepada 70,991 tahun lepas, berbanding 72,291 unit yang terjual pada 2016.



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Laporan: Pengedar Proton tertekan, perlu bergabung atau tutup

Sekianlah artikel Laporan: Pengedar Proton tertekan, perlu bergabung atau tutup kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Laporan: Pengedar Proton tertekan, perlu bergabung atau tutup dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/01/laporan-pengedar-proton-tertekan-perlu.html

Subscribe to receive free email updates: