Judul : Ezam: pemimpin PH harus ubah gaya hidup mewah
link : Ezam: pemimpin PH harus ubah gaya hidup mewah
Ezam: pemimpin PH harus ubah gaya hidup mewah
ANTARAPOS[ULASAN] Slogan “Ubah” dan “Ini kalilah” dalam kempen politik Pakatan Harapan (PH) wajib dibuktikan secara rasional dengan alasan yang jelas mengapa ia diangkat menjadi cogankata kempen menjatuhkan Umno-BN.
Lantas PH wajar menyingkirkan mana-mana pemimpinnya yang mengamalkan gaya hidup mewah, jika gabungan itu benar-benar melaungkan agenda perubahan, katanya.
Beliau menyandarkan hujahnya pada pemikiran ilmuwan Islam, Ibnu Khaldun yang melihat kewujudan pemimpin sedemikian sebagai tanda kejatuhan dan kegagalan sesebuah tamadun.
"Apatah lagi kisah-kisah ini membabitkan pemimpin di dalam Pakatan Harapan (PH), sebuah gabungan politik yang membawa politik dan harapan baru kepada rakyat dan negara.
"Apa maknanya melaungkan perubahan sekiranya diri sendiri tidak mampu berubah?," katanya dalam satu kenyataan.
Ezam ambil contoh PAS?
Kritikan Ezam ini menyambung pendirian PAS yang tidak lagi bergabung dengan PH dan kini giat menyebarkan amalan politik matang sejahtera.
“Kita tahu BN memiliki majoriti dalam Parlimen. Semua ahli parlimen BN wajib akan undi sokong untuk Bajet 2018 diluluskan,” katanya dalam Harakahdaily.
Katanya, PAS tidak menafikan ada banyak kebaikan dalam Bajet 2018 yang akan turut dimanfaatkan oleh wakil-wakil rakyat pembangkang.
"Tapi nampak sedikit tak cerdik bila kita undi tolak bajet sedangkan pelbagai peruntukan yang diumumkan dalam bajet kita ambil juga.
"Nak tolak, tak dinafikan dalam bajet tersebut ada yang baik dan bermanfaat kepada rakyat. Nak sokong, ada juga dalam bajet itu yang tak baik untuk rakyat dan negara," katanya.
Hanya Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar sahaja mengundi untuk membantah Bajet 2018.
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dr Idris Ahmad mempertahankan pendirian PAS itu yang dianggapnya bukan sesuatu yang ganjil.
Malah, katanya, sikap itu pernah ditunjukkan ahli parlimen pembangkang ketika Dewan Rakyat mengundi untuk menghapuskan kekebalan raja-raja ketika krisis perlembagaan 1993.
Idris memuat naik senarai nama 23 wakil rakyat termasuk dari PAS dan DAP yang berkecuali.
Bajet 2018 berjumlah RM280.25 bilion pada Isnin lalu mendapat sokongan 107 ahli parlimen BN.
PAS terima pujian
Pendirian politik PAS itu mengundang komen positif Pegawai khas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor yang menyatakan PAS akur Bajet 2018 banyak membawa kebaikan kepada rakyat.
“Mereka berkecuali kerana mereka mampu menilai terdapat banyak perkara yang membawa kebaikan untuk rakyat dalam Bajet itu dan kalau ia ditolak, maknanya mereka menolak manfaat untuk rakyat.
“Tolak belanjawan 2018, maknanya tolak bantuan BR1M untuk rakyat, tolak kenaikan gaji dan bonus khas kakitangan awam dan tolak bantuan pendidikan dan pembangunan untuk negara.
"Perbuatan pembangkang yang membangkang secara buta tuli inilah yang disebut ‘bangkang dari longkang’.
"Sedangkan ternyata bajet ini baik untuk rakyat Malaysia secara keseluruhan termasuklah untuk kaum Cina, India dan lain-lain," katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, Bajet 2018 diluluskan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada 13 November lalu dengan undian 107 daripada 222 anggota parlimen menyokong.
Sebanyak 59 anggota parlimen menentang Rang Undang-Undang Perbekalan 2018, sementara 11 daripada PAS berkecuali.
Dalam pada itu tambah Rizal, tugas sebagai pembangkang adalah untuk melakukan semak dan imbang, namun mereka tidak seharusnya menjadi pembangkang semata-mata.
"Apakah dengan menolak bajet ini bermakna DAP juga menolak menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan menolak bantuan untuk pekebun kecil serta dana kampung Cina di seluruh negara?
"Juga, bagaimana kerajaan nak bayar gaji dan elaun ahli parlimen pembangkang jika mereka menolak belanjawan ini?"soalnya.
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Ezam: pemimpin PH harus ubah gaya hidup mewah
Sekianlah artikel Ezam: pemimpin PH harus ubah gaya hidup mewah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ezam: pemimpin PH harus ubah gaya hidup mewah dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/11/ezam-pemimpin-ph-harus-ubah-gaya-hidup.html