Blogger Cucumatkilau Umumkan Beliau Tidak Akan Sertai PRU-14 !

Blogger Cucumatkilau Umumkan Beliau Tidak Akan Sertai PRU-14 ! - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Blogger Cucumatkilau Umumkan Beliau Tidak Akan Sertai PRU-14 !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Blogger Cucumatkilau Umumkan Beliau Tidak Akan Sertai PRU-14 !
link : Blogger Cucumatkilau Umumkan Beliau Tidak Akan Sertai PRU-14 !

Baca juga


Blogger Cucumatkilau Umumkan Beliau Tidak Akan Sertai PRU-14 !


KUANTAN: Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli hari ini mengishytiharkan yang beliau tidak akan menyertai pilihanraya umum kali ini (PRU-14). 

Sebelum ini ada desas-desus mengatakan beliau akan bertanding sekali lagi atas tiket bebas di kerusi DUN dan Parlimen di negeri ini.  Pada PRU13 lalu, beliau bertanding atas tiket bebas di kerusi DUN Semambu (Indera Mahkota). Manakala pada PRU12, dia bertanding di DUN Kemayan (Bera) atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum meninggalkan parti itu pada 2011.

Menurut Shukri yang juga merupakan seorang Blogger dan Aktivis, walau pun ada sokongan di kalangan rakyat terutamanya pengundi atas pagar dan yang tidak berparti. Namun, selepas mengkaji dari semua aspek beliau akhirnya mengambil keputusan untuk tidak menyertai PRU kali ini.

"Biarlah sahabat dari PAS, PH dan BN yang bertembung secara demokrasi kali ini. Saya tidak mahu rakyat bertambah keliru apabila ada calon keempat yang bertanding di kerusi terbabit", kata Shukri.

Shukri turut mendakwa, memang benar ada beberapa parti politik yang menawarkan kerusi kepada beliau untuk bertanding di kerusi DUN dan Parlimen PRU ini. Namun, perkara itu tiada hitam putih dan dia melihat ia sekadar omongan kosong semata-mata .

"Sudah tiba masanya saya tidak lagi bertanding atas tiket bebas. Tambahan pula sistem di Malaysia masih terikat kepada politik kepartian. Tidak mungkin calon bebas boleh menang walau pun mendapat sokongan padu daripada semua pihak. Biarlah saya berehat", tambah beliau lagi.

Pada masa ini katanya, dia sedang menguruskan dana untuk memajukan lagi NGO pro-rakyat yang ditubuhkannya sejak tiga tahun lalu. Dalam keadaan rakyat semakin bercelaru dan keliru dengan senario politik sekarang, maka tidak wajar katanya untuk beliau ambil kesempatan atau mahu menguji kekuatan pengaruhnya. 

"Saya sedar, saya tiada parti dan hanya insan kerdil dalam arus politik di negeri ini. Biarlah saya tumpukan apa yang saya buat. Jika ditakdir satu hari nanti saya kembali, mungkin saya kembali. Pada masa ini saya mahu fokuskan kepada mengumpul dana untuk NGO saya bagi memudahkan urusan menolong rakyat dan mereka yang memerlukan", dakwanya.

Pada masa ini Shukri sedang sibuk mengadakan roadshow Terjah Usahawan Digital ke seluruh negara bermula Julai lalu. #pdonews


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Blogger Cucumatkilau Umumkan Beliau Tidak Akan Sertai PRU-14 !

Sekianlah artikel Blogger Cucumatkilau Umumkan Beliau Tidak Akan Sertai PRU-14 ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Blogger Cucumatkilau Umumkan Beliau Tidak Akan Sertai PRU-14 ! dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/09/blogger-cucumatkilau-umumkan-beliau.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :