Judul : ["HEBAT" CADANGAN] Pakar ekonomi saran mahasiswa jadi tukang cuci di universiti
link : ["HEBAT" CADANGAN] Pakar ekonomi saran mahasiswa jadi tukang cuci di universiti
["HEBAT" CADANGAN] Pakar ekonomi saran mahasiswa jadi tukang cuci di universiti
KUALA LUMPUR: Seorang pakar ekonomi mencadangkan mahasiswa bekerja sebagai “floor engineer” atau tukang cuci di universiti untuk menjana pendapatan sampingan.
Pensyarah kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohd Yusof Saari, berkata cadangan itu menguntungkan kedua-dua pihak kerana universiti yang menghadapi pemotongan peruntukan kerajaan boleh mengoptimumkan kapasiti mahasiswa yang ingin mencari kerja sampingan.
“Apa yang saya nampak sekarang, kalau dekat Universiti Putra Malaysia pagi-pagi, ibu-ibu dan bapak-bapak dari Indonesia selesai sahaja azan subuh di masjid, dia dekat luar cuci.
“Jadi, saya punya salah satu pendekatan gantikan mereka ini dengan mahasiswa. Mesti ada mahasiswa yang nak bekerja, ke anda tak nak bekerja?
“Kalau saya diberi peluang, saya pun nak kerja jadi ‘floor engineer’. Sihat pun sihat, naik 3 tingkat, turun ke bawah seronok juga,” katanya dalam Forum “Dilema Poket Mahasiswa” di Hub Teach For The Needs (TFTN) di Bangsar, malam tadi yang turut disertai seorang lagi panelis, iaitu Pengarah Urusan DM Analytics, Dr Muhammed Abdul Khalid.
Yusof berkata, cadangan berkenaan boleh mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing dan pengaliran keluar wang ke negara lain.
“Ini saya nampak di universiti boleh dibuat. Kalau fakulti saya bayar RM200,000 setahun untuk kos penyelenggaraan, cuci (dan) duit kita (ini) dibawa oleh ibu-ibu, bapak-bapak ke seberang.
“Daripada kita bagi kepada mereka, kita juga boleh jimat, kita upah mahasiswa buat. Kenapa tidak memikirkan perkara-perkara tersebut kepada pihak universiti,” soal panelis forum itu.
Katanya, amalan itu boleh dilihat di universiti luar negara yang membenarkan mahasiswanya bekerja separuh masa.
“Sebenarnya, kalau tanya pensyarah-pensyarah (atau) sesiapa yang belajar di luar negara, universiti luar negara benarkan mereka bekerja ‘part time’.
“Banyak daripada mereka menjadi ‘floor engineer’ atau tukang cuci.”
Sementara itu, Yusof menyarankan kerajaan melaksanakan mobiliti buruh antara negara yang dapat menjimatkan dana negara.
“Maksudnya kita kekurangan doktor sekarang dekat hospital, kita jangan habiskan duit rakyat, duit kerajaan latih doktor baru ke luar negara, tapi kita import dari negara luar yang dah bersedia masuk ke Malaysia.
“Jadi, kita dah jimat kos kerajaan membiayai pendidikan, subsidi dan sebagainya.”
Beliau memberi contoh Singapura yang menggunakan kaedah itu.
“Kawan saya belajar di Belanda, dia sarjana dekat Universiti Malaya, buat PhD di Belanda, dia dibiayai kerajaan Belanda, biasiswa Belanda.
“Bila dah habis, dia bekerja di Singapura. Singapura yang dapat keuntungan. Singapura tak bayar 1 sen pun dekat dia. Graduan Singapura yang untung. Kita cuba guna model tersebut.” -FMT
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel ["HEBAT" CADANGAN] Pakar ekonomi saran mahasiswa jadi tukang cuci di universiti
Sekianlah artikel ["HEBAT" CADANGAN] Pakar ekonomi saran mahasiswa jadi tukang cuci di universiti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel ["HEBAT" CADANGAN] Pakar ekonomi saran mahasiswa jadi tukang cuci di universiti dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/03/hebat-cadangan-pakar-ekonomi-saran.html