Judul : Lokman: Projek Forest City Johor Berjaya Halang Rakyat Asing Beli Tanah
link : Lokman: Projek Forest City Johor Berjaya Halang Rakyat Asing Beli Tanah
Lokman: Projek Forest City Johor Berjaya Halang Rakyat Asing Beli Tanah
PETALING JAYA: Kementerian Kewangan berkata projek Forest City di Johor merupakan strategi “di luar kotak” oleh Kerajaan Negeri Johor untuk mengekang pembelian tanah oleh rakyat asing.
Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam berkata di bawah pelan tersebut, kerajaan negeri memastikan hanya rumah mahal dijual kepada warga asing.
“Daripada terus membiarkan tanah-tanah di Johor jatuh ke tangan asing, strategi kerajaan Johor mewujudkan pulau buatan manusia di tengah laut untuk dibina Forest City merupakan pendekatan di luar kotak,” kata Lokman dalam kenyataannya.
Beliau berkata hasil daripada keuntungan jualan hartanah itu akan digunakan untuk membina rumah mampu milik.
“Rumah yang dijual berbentuk kondo mewah yang hanya memiliki status hak milik strata dan harganya sangat mahal. Setiap rumah yang dijual sebahagian besar menjadi hasil Kerajaan Negeri,” kata bekas pemimpin Parti Keadilan Nasional itu.
Malah Lokman mendakwa “tanah rezab Melayu di Johor semakin bertambah saban tahun” di bawah dasar pemerintahan negeri sekarang, sambil menyindir pentadbiran bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kini Presiden PPBM.
“Rata-rata orang Johor tahu bahawa tanah Johor banyak tergadai kepada rakyat asing masa presiden PPBM menjadi MB Johor,” kata Lokman. Seluas 13,86 hektar, Forest City dibina di atas 4 pulau buatan dalam wilayah Iskandar Malaysia.
Menelan belanja RM100 bilion, ia dijangka siap dalam masa 20 tahun. Ia kerap dikritik oleh bekas Perdana Menteri dan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menganggap projek tersebut umpama menyerahkan kedaulatan negara dan menyebabkan warga asing memiliki sejumlah besar hartanah di negeri itu.
Projek tersebut baru-baru ini dilaporkan berdepan kesukaran apabila pemaju Country Garden menutup semua pusat jualannya di China, selepas Beijing memperkenalkan kawalan ketat ke atas pengaliran keluar modal. #sumber
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Lokman: Projek Forest City Johor Berjaya Halang Rakyat Asing Beli Tanah
Sekianlah artikel Lokman: Projek Forest City Johor Berjaya Halang Rakyat Asing Beli Tanah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lokman: Projek Forest City Johor Berjaya Halang Rakyat Asing Beli Tanah dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/07/lokman-projek-forest-city-johor-berjaya.html