Judul : Husam "Sedia" Untuk Jadi Menteri Besar Kelantan Jikalau PH Menang
link : Husam "Sedia" Untuk Jadi Menteri Besar Kelantan Jikalau PH Menang
Husam "Sedia" Untuk Jadi Menteri Besar Kelantan Jikalau PH Menang
KUALA LUMPUR: Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa hari ini berkata beliau bersedia memikul tanggungjawab sebagai Menteri Besar Kelantan, seperti mana dicadangkan Lim Kit Siang baru-baru ini.
Bekas exco kanan Kelantan itu berkata cadangan itu memberikan petunjuk jelas kepada rakyat Kelantan mengenai pengganti kepada kerajaan pimpinan sekarang serta pimpinan Pakatan Harapan (PH). Bagaimanapun, Husam berkata ia masih tertakluk kepada syarat.
“Kalau parti dalam PH tak boleh terima, kira tak jadilah,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Amanah hari ini. “Kalau parti dalam PH terima, bolehlah saya terima bagi tujuan perjuangan strategik kita khususnya di Kelantan dan kalau ada orang lain yang lebih layak, saya akan beri pada orang itu.”
Baru-baru ini, Kit Siang mencadangkan Husam sebagai Menteri Besar Kelantan, jika PH berjata menawan negeri itu pada pilihan raya umum akan datang. Ia mengundang pelbagai komen daripada UMNO dan PAS, yang rata-rata menganggap cadangan veteran DAP itu menunjukkan pengaruh parti sekular itu dalam PH. Husam yang juga ADUN Salor berkata beliau teruja dengan kritikan terhadapnya.
“Saya rasa teruja kerana PAS macam yakin yang mereka akan hilang kerajaan. Jadi kalau dia tak hilang kerajaan, kenapa dia nak bahas Menteri Besar orang lain? “Dia kena namakan Menteri Besar dia sendiri siapa seterusnya. Adakah Datuk Ahmad Yakob akan jadi Menteri Besar lagi?” soalnya.
“Kita pakatan pun nak tahu siapa calon menteri besar PAS sebab PAS menguasai Kelantan sebagai sebuah kerajaan, takkanlah dia tak boleh namakan Menteri Besar,” katanya. #sumber
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Husam "Sedia" Untuk Jadi Menteri Besar Kelantan Jikalau PH Menang
Sekianlah artikel Husam "Sedia" Untuk Jadi Menteri Besar Kelantan Jikalau PH Menang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Husam "Sedia" Untuk Jadi Menteri Besar Kelantan Jikalau PH Menang dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/07/husam-sedia-untuk-jadi-menteri-besar.html