Judul : Tidak Perlu Bantuan AS Bebaskan Marawi
link : Tidak Perlu Bantuan AS Bebaskan Marawi
Tidak Perlu Bantuan AS Bebaskan Marawi
CAGAYAN DE ORO CITY, FILIPINA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte semalam berkata, dia tidak meminta bantuan daripada Amerika Syarikat (AS) untuk membebaskan Marawi daripada cengkaman kumpulan militan Daish.
Washington kelmarin memberitahu pihaknya memberi bantuan kepada tentera Filipina yang bergelut membebaskan bandar itu atas permintaan Manila.
Dalam satu sidang media di Cagayan de Oro City, kira-kira 100 kilometer dari Marawi, Duterte memberitahu dia tidak akan meminta bantuan dari AS.
“Saya tidak sedar sehinggalah mereka tiba,” katanya yang merujuk kepada sokongan tentera AS bagi membebaskan Marawi yang ditawan pemberontak Maute dan militan Daish.
Duterte yang berkuasa setahun lalu sebelum ini mengambil dasar menentang Washington dan mahu mengusir tentera negara itu.
Tidak dapat dipastikan sama ada pegawai tentera Filipina yang pro-AS meminta bantuan AS tanpa pengetahuan Duterte.
Tentera Filipina kelmarin memberitahu, tentera AS hanya memberi bantuan teknikal tetapi tidak turut berperang di Marawi.
Kedutaan AS di Manila dalam satu kenyataan memberitahu, bantuan itu diberikan atas permintaan kerajaan Filipina.
Pengumuman dibuat sehari selepas 13 askar Filipina maut dalam pertempuran di Marawi yang masuk minggu ketiga itu.
Beratus-ratus pemberontak Maute yang dibantu militan Daish menawan bandar itu pada 23 Mei lalu sekali gus memberi tamparan kepada Filipina.
Walaupun berjaya menguasai semua sebahagian besar Marawi, tentera Filipina dilihat masih bergelut untuk menewaskan militan berkenaan.-Reuters
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sSmrLm
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Tidak Perlu Bantuan AS Bebaskan Marawi
Sekianlah artikel Tidak Perlu Bantuan AS Bebaskan Marawi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tidak Perlu Bantuan AS Bebaskan Marawi dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/tidak-perlu-bantuan-as-bebaskan-marawi.html