SPAD Gantung Operasi Syarikat Lori Terbabit Kemalangan

SPAD Gantung Operasi Syarikat Lori Terbabit Kemalangan - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPAD Gantung Operasi Syarikat Lori Terbabit Kemalangan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPAD Gantung Operasi Syarikat Lori Terbabit Kemalangan
link : SPAD Gantung Operasi Syarikat Lori Terbabit Kemalangan

Baca juga


SPAD Gantung Operasi Syarikat Lori Terbabit Kemalangan

REMBAU – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menggantung lesen pengendali syarikat lori yang terbabit dalam nahas kemalangan di KM25 Jalan Bahau-Keratong, sejak Isnin lepas.

Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata penggantungan operasi itu melibatkan kesemua 114 lori kargo milik syarikat terbabit yang berpangkalan di Pahang.

“Syarikat pengangkutan ini digantung operasi bermula Isnin lepas sehingga siasatan ke atas insiden berkenaan selesai dijalankan oleh SPAD.

“Syarikat itu juga dikehendaki mematuhi syarat keselamatan yang telah ditetapkan,” katanya kepada media selepas Op Serkap di Hentian Sebelah Pedas-Linggi, dekat sini malam tadi.

Nahas kemalangan di KM25 Jalan Bahau-Keratong pada Ahad lepas, telah mengorbankan lapan nyawa daripada dua keluarga dan seorang kanak-kanak cedera.

Kemalangan yang melibatkan empat kenderaan itu, dipercayai berpunca daripada tindakan lori treler yang cuba memotong kenderaan di hadapannya tetapi gagal.

Pemandu treler itu yang tidak mengalami sebarang kecederaan, akan didakwa di Mahkamah Majistret Jelebu, hari ini.

Sementara itu, Op Serkap yang bermula pukul 8.30 malam hingga 11.30 malam itu turut disertai oleh 11 pegawai dan 93 anggota daripada SPAD, polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan PLUS.

Che Hasni berkata dalam operasi bersepadu itu, SPAD telah mengesan sembilan kes yang antara lain melibatkan lori membawa muatan lebih, gagal kemuka permit dan pandu laju manakala bas pula didapati ada yang gagal mengemukakan senarai penumpang.

Beliau berkata kesalahan-kesalahan itu akan didakwa di bawah Seksyen 57 dan 22 atau 23 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau penjara maksima dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Operasi ini nampaknya berjaya, dalam masa yang singkat kita dapat kenal pasti kesalahan-kesalahan yang telah dibuat.

“Saya nak ingatkan operasi ini akan dilaksanakan di seluruh Semenanjung dan SPAD telah melaksanakan Op Serkap sempena hari raya sejak Isnin lepas dan akan berterusan hingga 2 Julai ini,” katanya.

Selain itu, Che Hasni berkata terdapat 30 kesalahan lain yang dikesan oleh agensi penguatkuasaan lain seperti JPJ yang mengesan 22 kes antaranya saman atas pelbagai kesalahan dan notis sitaan.

Polis pula telah mengenal pasti lima kes pandu laju manakala AADK menahan dua kelindan lori kerana positif dadah jenis syabu dan ganja. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sqDI0g

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel SPAD Gantung Operasi Syarikat Lori Terbabit Kemalangan

Sekianlah artikel SPAD Gantung Operasi Syarikat Lori Terbabit Kemalangan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SPAD Gantung Operasi Syarikat Lori Terbabit Kemalangan dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/spad-gantung-operasi-syarikat-lori.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :