'Love Basket TokMa' Cara Wanita Ini Lakukan Amal Jariah, Dengan Niat Bersedekah Buat Insan Yang Telah Tiada

'Love Basket TokMa' Cara Wanita Ini Lakukan Amal Jariah, Dengan Niat Bersedekah Buat Insan Yang Telah Tiada - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Love Basket TokMa' Cara Wanita Ini Lakukan Amal Jariah, Dengan Niat Bersedekah Buat Insan Yang Telah Tiada, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Love Basket TokMa' Cara Wanita Ini Lakukan Amal Jariah, Dengan Niat Bersedekah Buat Insan Yang Telah Tiada
link : 'Love Basket TokMa' Cara Wanita Ini Lakukan Amal Jariah, Dengan Niat Bersedekah Buat Insan Yang Telah Tiada

Baca juga


'Love Basket TokMa' Cara Wanita Ini Lakukan Amal Jariah, Dengan Niat Bersedekah Buat Insan Yang Telah Tiada

Mungkin ramai di antara kita yang mengambil kesempatan di bulan mulia, lebih-lebih lagi di 10 hari terakhir untuk memperbanyakkan amal ibadat dalam mengejar ganjaran yang akan dilipat gandakan.

Namun begitu, dalam membuat kebaikan, apa salahnya kita tidak lupa akan meraka yang sudah tidak ada, mungkin dengan berniat akan apa yang kita lakukan untuk merak yang sudah pergi juga. Agar ganjaran turut dinikmati oleh mereka.

Begitulah yang telah dilakukan oleh Puan Umm Zaynab ini, yang mana secara tidak langsung mendidik anak dan mengisi masa lapang mereka untuk melakukan amal jariah, yang disedekahkan kepada pelarian perang dari Yaman dan Iraq.

Dengan niat ganjaran tersebut juga sampai kepada insan yang tersayang.

Mari kita ikuti akan perkongsian darinya.

Love Basket TokMa

Cuti sekolah dah berakhir beberapa hari lalu. Ini pertama kali cuti sekolah dihabiskan di KL sahaja. Selalunya kalau mula cuti sekolah walaupun hanya seketika, terus celapak lari bawa anak-anak balik Alor Setar, berjumpa ayah ibu nenda tercinta.

Kebetulan cuti sekolah kali ini saya tak dapat pulang bercuti kerana terikat dengan satu komitmen baru. Bila terfikir kembali, Maha Penyantunnya Allah, saya terikat dengan komitmen ini bila semua insan-insan kesayangan saya sudah kembali menghadapNYA.

Bulan 3 yang lepas, ayah saya menghembuskan nafas terakhir menjadikan kesemua ibu ayah,datuk dan nenek saya pergi sekelip mata dalam masa 3 tahun ini. Tiada siapa lagi menghuni rumah di Alor Setar sana. Rumah yang satu ketika dulu penuh dengan kasih cinta, tawa riang kini hanya kosong, yang tinggal hanya selitan kenangan-kenangan indah.

Bila cuti sekolah menjelma, melihat dan mendengar sana sini jalan sesak pulang ke kampung masing-masing, perasaan rindu membuak-buak pada arwah mama abah. Muhammad dan Qasim pun seakan mati kutu, selalu cuti sekolah, mereka yang paling diraikan oleh Tok Ma, Tok Abah, Toktok dan Ba. 

Tokma dan Toktok akan masak sedap-sedap menjamu anak cucu dengan pelbagai juadah.Tok Abah pula akan kalut ke Tesco, beli pelbagai barang mainan dan coklat,bawa pulang dan susun penuh di rumah. Bila kami dah nak berangkat pulang, kesemua mereka akan menghantar dan melambai kami sampai di luar pagar rumah dengan bekalan penuh kereta yang mereka isi, segala makanan, periuk belanga semua dikirim bagi.

Kini bila pulang ke Alor Setar, hanya daun-daun kering yang menyambut di muka pintu, dan tika berangkat kembali hanya pagar melambai pergi. Allah..tak dapat diungkapkan perasaan sayu itu dengan perkataan.

Jadi, kebetulan cuti sekolah ini diraikan serentak dengan Ramadan, bersama rindu yang membuak-buak, saya ajak anak-anak buat projek "Love Basket TokMa". Kami mula-mula ke kedai membeli 10 basket. Kemudian ke pasaraya membeli:

-10 beg beras
-10 botol minyak masak
-10 ekor ayam
-10 pcs telur separuh papan
-20 pcs unbleach tepung gandum
(gula putih tak beli sebab kami pun tak guna gula putih-racun.Sila gula RCS di Cosway, kalau bajet lebih boleh guna gula kabung ori)
Jadi ada 10 basket semuanya. Muhammad dan Qasim mengisi satu persatu barang-barang ke basket. 
Kemudian Muhammad, Qasim, Zaynab dan baba menghantar basket tersebut kepada keluarga-keluarga dari kalangan pelarian perang dari Yaman dan Iraq yang sehelai sepinggang berteduh di sini.

Semoga ganjaran disebalik Love Basket TokMa ini sampai pada Tokma, Tok Abah, Toktok dan Ba; insan-insan kesayangan kami. Sungguh kami rindu!

Kita juga boleh turut sama melakukan perkara yang sama. Mungkin ramai yang turut bersedekah, dengan niat bagi pihak keluarga yang sudah tiada, seperti membuat majlis berbuka puasa, di surau atau masjid. Tidak kira kecil atau besar, boleh sahaja dilakukan, dalam mengingati insan tersayang. -Siakap Keli

BACA: Hantar Kurma Secara Rahsia Kepada Jiran, Guru, Serta Rumah Anak Yatim Kerana Tidak Mahu Diheboh-Hebohkan & Sentiasa Ikhlas Terhadap Pemberian



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sqR38X

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel 'Love Basket TokMa' Cara Wanita Ini Lakukan Amal Jariah, Dengan Niat Bersedekah Buat Insan Yang Telah Tiada

Sekianlah artikel 'Love Basket TokMa' Cara Wanita Ini Lakukan Amal Jariah, Dengan Niat Bersedekah Buat Insan Yang Telah Tiada kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Love Basket TokMa' Cara Wanita Ini Lakukan Amal Jariah, Dengan Niat Bersedekah Buat Insan Yang Telah Tiada dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/love-basket-tokma-cara-wanita-ini.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :