Judul : Setiap Lorong Di Lebuhraya Tiba-Tiba Bergerak Perlahan & Terpaksa Mengikut Kenderaan Peronda Di Hadapan, Ini Sebab Mengapa Ianya Berlaku
link : Setiap Lorong Di Lebuhraya Tiba-Tiba Bergerak Perlahan & Terpaksa Mengikut Kenderaan Peronda Di Hadapan, Ini Sebab Mengapa Ianya Berlaku
Setiap Lorong Di Lebuhraya Tiba-Tiba Bergerak Perlahan & Terpaksa Mengikut Kenderaan Peronda Di Hadapan, Ini Sebab Mengapa Ianya Berlaku
Pernah tak sebelum ini, sedang anda memandu di lebuhraya, tiba-tiba sahaja jalan jadi sesak, yang mana luar dari kebiasaan, kerana bukan waktu cuti atau waktu puncak, dan anda mula beranggapan ada kemalangan yang berlaku.Tapi, bila jalan sudah mula lancar seperti biasa, anda lihat tiada apa-apa yang berlaku di sepanjang jalan, dan ia sedikit sebanyak timbulkan keraguan akan apa yang berlaku sebenarnya.
Perkara sebegini adalah salah satu prosedur dalam menyelenggara lubuhraya, yang mana melibatkan sebuah kenderaan, yang kelihatan seperti di dalam perlumbaan kereta atau basikal, di mana kereta bergerak perlahan mengikuti kenderaan tersebut.
Mari kita lihat akan penjelasan mengenai perkara ini.
Kenapa blok jalan di highway PLUS?
Pernahkah anda mengalami atau terlihat situasi seperti gambar dan video ini ketika menggunakan lebuhraya PLUS?
Shadow Vehicle
Kerja-kerja penutupan ke semua lorong ini dinamakan 'SHADOW VEHICLE'. Ini adalah SOP keselamatan terbaru di lebuhraya PLUS, ia dilakukan untuk mengurangkan kelajuan kenderaan di lokasi dan bertujuan untuk melindungi pekerja/petugas lebuhraya dengan pengguna lebuhraya dari terlibat kemalangan semasa kerja-kerja selenggara lebuhraya dilakukan.
Kenderaan (SV) Shadow Vehicle ini akan masuk ke setiap lorong di lebuhraya secara berperingkat bermula dari lorong kiri hingga ke lorong kanan sehingga kenderaan SV berada di setiap lorong.
Situasi ini hanya mengambil masa dari 5 hingga ke 10 minit. Ketika SV ini berlangsung, terdapat pekerja/petugas lebuhraya dihadapan sana 200-300meter dari anda sedang melakukan kerja-kerja seperti mengalihkan/membuang objek serpihan tayar/kayu/besi/bangkai haiwan/dll yang berada di atas lebuhraya, menampal lubang (pothole) atau penutupan lorong untuk kerja-kerja selenggara.
Memandangkan lebuhraya PLUS mempunyai antara 3 hingga 7 lorong di sesetengah tempat, ini mustahil untuk petugas/pekerja lebuhraya melakukan kerja-kerja menyelenggara seperti diatas dalam keadaan trafik yang tinggi.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tH4OxC
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Setiap Lorong Di Lebuhraya Tiba-Tiba Bergerak Perlahan & Terpaksa Mengikut Kenderaan Peronda Di Hadapan, Ini Sebab Mengapa Ianya Berlaku
Anda sekarang membaca artikel Setiap Lorong Di Lebuhraya Tiba-Tiba Bergerak Perlahan & Terpaksa Mengikut Kenderaan Peronda Di Hadapan, Ini Sebab Mengapa Ianya Berlaku dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/setiap-lorong-di-lebuhraya-tiba-tiba.html