Sambal Hitam Pahang Jadi Rebutan Di Terengganu

Sambal Hitam Pahang Jadi Rebutan Di Terengganu - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sambal Hitam Pahang Jadi Rebutan Di Terengganu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sambal Hitam Pahang Jadi Rebutan Di Terengganu
link : Sambal Hitam Pahang Jadi Rebutan Di Terengganu

Baca juga


Sambal Hitam Pahang Jadi Rebutan Di Terengganu

BESUT – Sambal hitam Pahang yang cukup rasa masam, masin, manis, pedas dan lemaknya memang popular sebagai makanan pembuka selera terutama dalam bulan Ramadan ini.

Sambal ini diperbuat daripada belimbing buluh rebus dan ditumis dengan bawang, ikan bilis, cili dan lain-lain, dimasak hingga hitam dan enak rasanya.

Kini sambal hitam Pahang ini menjadi makanan kegemaran di Terengganu.

Pengusaha Sambal Hitam Pahang, Mohamad Ridhuan Ghazali, 47, memasak sambal yang kini popular di Terengganu dengan menggunakan mesin kuali di Kampung Pasir Akar, Hulu Besut. – Foto BERNAMA

Pengusaha sambal itu di sini, Mohamad Ridhuan Ghazali, 47, berkata sambal hitam itu merupakan makanan tradisi orang Pahang khususnya di daerah Kuala Lipis, Raub dan Jerantut. sebagai pencicah atau hidangan sampingan yang amat sedap jika dimakan dengan nasi panas.

“Saya memulakan perusahaan sambal ini dua tahun lalu dengan memperkenalkannya kepada penduduk di beberapa daerah di Terengganu dan dalam masa yang singkat penerimaan mereka amat baik,” kata Mohamad Ridhuan yang bertugas sebagai guru j-QAF (Jawi, al-Quran, Arab, Fardu Ain) dan berasal dari Jerantut, Pahang.

Mohamad Ridhuan berkata permintaan yang tinggi mendorongnya membuka perusahaan membuat sambal berkenaan di sini dengan dibantu isterinya Zuhaida Aman, 44, anak kelahiran Besut.

“Untuk membuat sambal ini kami memerlukan buah belimbing buluh yang banyak kerana buah inilah yang menjadi asas kepada pembuatan sambal ini.

“Untuk menyediakan 15 kilogram (kg) sambal kami memerlukan sekurang-kurangnya 20 kg buah belimbing buluh yang segar selain dicampur dengan ramuan seperti bawang, cili padi dan ikan bilis.

“Sebelum diproses, buah belimbing buluh perlu direbus dahulu untuk selama lapan jam, sebelum ditumis, dan selama enam jam lagi bagi sambal basah serta 10 jam bagi sambal yang kering, ” ujarnya.

Mohamad Ridhuan berkelulusan Pengajian Islam Universiti Mu’tah Jordan dan sedang mengikuti pengajian Bahasa Arab peringkat Sarjana di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkata proses membuat sambal ini daripada merebus hingga siap untuk dimakan, mengambil masa lebih 10 jam.

“Ketahanan sambal hitam ini bergantung kepada lamanya kita memasaknya kerana ia boleh tahan lama sehingga dua tahun sekiranya dimasak kering”, ujarnya yang juga merupakan guru tafsir al-Quran di beberapa buah masjid di daerah Besut.

Bagi memastikan keenakan sambal, buah belimbing yang hendak diproses juga disarankan yang masih baru dari pokok, di samping ramuan lain yang dimasak pada suhu sederhana dan bagi memastikan ia boleh dirasai oleh pelbagai golongan, campuran cili padi hendaklah mengikut sukatan, manakala ikan bilis daripada gred terbaik.

Katanya atas usaha mengekalkan kualiti sambal hitam buatannya, sambal itu kini bukan sahaja untuk masyarakat tempatan tetapi juga telah mula dihantar ke Jepun, Brunei, United Kingdom, Mesir dan Jordan.

Kesungguhan Mohamad Ridhuan memasarkan makanan itu juga kerana berpendapat ia mempunyai masa depan yang baik apatah lagi Sambal Hitam Pahang yang juga dikenali ‘Sambal Ketagih’ sentiasa mendapat permintaan ramai.

Antara dugaan yang dihadapi Muhamad Ridhuan ialah kekangan mendapatkan bahan utama, belimbing buluh antara 500 hingga 800 kilogram sebulan.

“Buat masa ini saya mendapat bekalan daripada petani-petani kampung yang ada menanam pokok belimbing buluh di kawasan rumah mereka dengan harga yang tidak menentu.

“Namun bagi mengatasi masalah itu, saya telah berusaha membantu petani menanam pokok berkenaan dengan membekalkan benih pokok belimbing secara percuma kepada mereka untuk ditanam sejak setahun yang lalu,” jelas beliau.

Mohamad Ridhuan berkata beliau mempunyai cita-cita untuk mengembangkan perusahaan berasaskan belimbing buluh dengan mengeluarkan produk tambahan seperti cuka belimbing, acar, halwa, jeruk, sos pencicah, sambal ikan, sambal daging dan sambal ayam pada masa akan datang.

Katanya, buat masa ini beliau banyak mempromosi jualan sambal hitamnya melalui Facebook di samping menjual secara terus kepada pelanggan yang mengubunginya dengan harga RM70 bagi sekilogram sambal hitam kering, RM50 bagi yang basah manakala bagi yang bungkus seberat 100gm dijual dengan harga RM10.

Awal Ramadan ini, Mohamad Ridhuan telah menyediakan lebih 100 kilogram sambal hitam berikutan permintaan tinggi pelanggan. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rg62mO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Sambal Hitam Pahang Jadi Rebutan Di Terengganu

Sekianlah artikel Sambal Hitam Pahang Jadi Rebutan Di Terengganu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sambal Hitam Pahang Jadi Rebutan Di Terengganu dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2017/06/sambal-hitam-pahang-jadi-rebutan-di.html

Subscribe to receive free email updates: